Isnin, 10 Ogos 2009

PRK Permatang Pasir: SPR Dah Serik Dengan 'Pondok Panas'


Carta di atas adalah daripada malaysiakini
Pengumuman Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusuf yang menolak penggunaan 'pondok panas' dalam prk Permatang Pasir dikawasan tempat mengundi kerana kononnya takut dengan apa yang berlaku di prk Manek Urai berlaku di Permatang Pasir. Beliau berkata SPR dah serik dan tak ada lagi dah 'pondok panas' selepas ini.
Dah 12 kali dah pru berlangsung, kenapa isu 'pondok panas' juga yang jadi isu?Dulu SPR dah batalkan 'bangsal panas' ni tapi bila parti2 politik buat bantahan SPR benarkan semula 'bangsal panas' ni. Nak kalah nak menang bukan berpunca daripada 'pondok panas ', orang yang nak pi mengundi tu dah tekad dan bulat hati dah sapa yang mereka nak pilih. Adalah perkara biasa setiap hari mengundi berlaku insiden kecil dan pergaduhan kecil setiap kali berlangsung pilihanraya bukannya berpunca daripada 'pondok panas' tu.
Sikap SPR dalam isu 'pondok panas ni' tak konsisten, sekejap boleh sekejap tak boleh. Mungkin kerana Umno-Bn asyik kalah saja setiap kali prk diadakan kebelakangan ini jadi punca SPR batalkan 'pondok panas ' di Permatang Pasir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan