Isnin, 10 Ogos 2009

Berita Astro Awani Macam Talibarut BN

Sejak 2-3 minggu ni siaran berbayar astro (Astro awani) lebih mirip kepada berita yang menyokong Umno-Bn dalam siaran berita yang disiarkan, terutamanya berita yang ada kaitan dengan isu politik.Mungkin kerana 1Malaysia ciptaan PM Najib siaran tv satelit tu jadi agen BN dalam menyampaikan berita yang ada kaitan politik.


Kalau setakat nak tengok kempen BN dalam tv lebih baik buka tv kepunyaan Umno iaitu TV3 dan rangkaian Media Prima dan Tv kerajaan yang turut sampaikan dakyah BN 24 jam! Aku yang turut langgan siaran berita Awani tu rasa menyesal dengan siaran berita yang lebih umno daripada Umno sejak akhir2 ni.

Astro ingat la sikit, mentang2 Tv berbayar ada satu saja tak ada saingan di Malaysia ni jangan la jadi biadap terhadap pengguna yang langgan siaran Tv tu.Bukan semua pengguna yang langgan tu orang Umno-Bn saja , orang tak ada parti pun ada dan yang tak sokong umno-bn pun berjuta kat Malaysia ni.

Kalau nak buat berita biar secara adil dan profesional tanpa memihak, siar kedua2 belah pihak jangan jadi penakut kepada Umno-bn, takkan tu pun takut lesen kena tarik.Ingat sikit rakyat yang langgan siaran berbayar tu ada yang meluat dengan media pro kerajaan sebab tu mereka langgan Astro. Kalau berita politik sama macam tv umno batalkan saja siaran berita tu dah ada yang menyampah dengan astro Awani ni.

4 ulasan:

  1. Woit awat hang bangang sangat. Astro ni orang BN. tak pelik dia sokong BN kerana lesen BN bagi. Hang pi tanya Mahathir siapa tu Ananda Krishnan. Siapa belakang Tony Fernandez (Air Asia) kalau tak makhluk ni.

    BalasPadam
  2. Mau kata bangang...marah pulak..

    BalasPadam
  3. btul3x aq s7 ngan ko dah mnympah aq tgk astro awani brita sgenap dimensi 2 n lg 1 klu iya pun nak gtau yg umno 2 sbuah parti demokrasi xyah la smkn ngan a.s coz kan a.s 2 mgamalkn negara republik lgpun byk g cth negara len yg mgamalkn sist demokrasi spt s'pura, indo n india awat gak nak ambil negara brt 2.....tau la mau mju tp x smestinya bg cth negara brt!!!! pa susah xyah 2tup slurn juz tkar je nma slurn ni aq bg cdgn "berita politik" TRUSKN MNONTON BERITA POLITIK BERITA SEGENAP POLITIK!!!!

    BalasPadam
  4. klu mcm 2 x pyh lah tgk t.v ye sbb semua t.v dia btl ke x btl abis semua dia tipu rakyat pakai t.v dia ingat mak bapak dia punye... pokok pakal semua pasal duit

    BalasPadam