Khamis, 20 Ogos 2009

Permatang Pasir: Pendedahan Yusri Ishak Memalukan Calon BN dan Umno

Malaysiakini telah mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku kepada calon Umno-Bn dan berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Ahmad MaslanKetua Penerangan Umno Malaysia yang pertahankan Rohaizat Othman, calon Umno di Permatang Pasir.

Yusri Ishak rakan kongsi Rohaizat Othman dipersalahkan Ahmad Maslan dalam skandal Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang yang babitkan wang RM140,000. Rohaizat Othman calon Umno di Permatang Pasir telah dilucutkan sijil guaman beliau oleh Majlis Guaman mengenai kes tersebut dan Mahkamah Tinggi juga tolak rayuan Rohaizat yang cabar keputusan Majlis Peguam di Mahkamah.

Yusri yang jadi 'kambing hitam' oleh Ahmad Maslan untuk tutup malu Rohaizat menafikan bahawa beliau terbabit dengan apa yang Rohaizat Othman lakukan semasa urusan yang libatkan wang RM 140,000 dengan pihak KPGNPP.


Apakah Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno sanggup berbohong untuk menangkan calon Umno di Permatang Pasir? Apakah Muhyidin Yasin, Presiden Umno dan Zahid Hamidi, Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang tidak malu dengan pendedahan Yusri itu?

Umno dan MCA sekarang sedang bergelut dengan kemelut tuduh menuduh sesama sendiri mengenai duit saja, rakyat gigit jari pandang dari jauh. Tak malukah pengundi Permatang Pasir nak pilih seorang yang pecah amanah untuk jadi wakil mereka di Dun pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan