Ahad, 9 Ogos 2009

BN macam "Paria"

Utusan Online berkata sidang DUN Kedah jadi kecoh apabila adun PKR Lim Soo Nee-Kulim berkata BN perintah Kedah dulu macam "paria".Perkataan tersebut terkeluar daripada mulut adun tersebut bila timbul kes pusat penyembelihan babi yang baru yang akan di tempatkan di Gurun.

Di Kedah perkataan tersebut merujuk kepada sikap yang teruk atau dalam masyarakat India merujuk kepada kasta yang paling rendah tahapnya.Umno di Kedah yang cuba ganggu gugat kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah sering timbulkan isu yang kontoversi seperti tuduhan seorang Exco Kedah yang kononnya telah menghina Sultan Kedah tapi akhirnya isu tersebut senyap begitu saja kerana tidak ada bukti.

Begitu juga dengan isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar yang dirobohkan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar sikit masa lalu turut dijadikan modal politik murahan Umno-Bn kedah dalam isu tersebut. Hakikatnya bila dirobohkan tempat sembelihan babi tersebut ramai orang umno dan Bn yang bersyukur kerana tidak ada lagi bau busuk disekitar kawasan tersebut.

Biasalah rasa tidak puas hati orang yang kalah ada di mana2, dan sekarang Umno jadi 'juara' bela rakyat bila jadi pembangkang di Kedah dan Selangor, terimakasih Umno-Bn, sekurang-kurangnya Umno belajar bila dah jadi pembangkang ni begini rasanya.Dah 51 tahun dah Umno-Bn bentuk kerajaan di Kedah dan Selangor sebab tu Umno tak dapat terima hakikat mereka dah kalah, seolah2 mereka masih jadi pemerintah di dua negeri tersebut.

Di Kedah , MB Ustaz Azizan yang naikkan kuota pembelian rumah sebanyak 50% untuk bumiputra telah jadi kecoh dan tak puas hati BN Kedah tapi hakikatnya orang Melayu bandar rasa lega dan seronok kerana dapat beli rumah yang sebelum ini hanya diperuntukkan 30% saja kuota untuk bumiputra.Kenaikkan kuota untuk bumiputra ini disebabkan dah banyak tanah rezab Melayu hilang semasa BN perintah Kedah dulu. Orang Melayu ada duit nak beli rumah tapi kuota dah habis dulunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan