Isnin, 10 Ogos 2009

Ulama Tak Ada Parti Mesti Seimbang


Kebelakangan ini orang bukan Islam yang berpolitik semakin berani mencemar dan menghina Islam.Terkini dalam isu arak dan isu anak luar nikah Teoh Beng Hock. Ahli Parlimen Rasah , Negeri Sembilan yang hina dan kecam Ridzuan Tee Abdullah yang pertikai taraf anak dalam kandungan kekasih Teoh Beng Hock.


Masalahnya kenapa Ulama yang mengulas isu tersebut cuba menyalahkan pihak lain dalam Islam seolah2 membiarkan begitu saja tanpa ada sebarang kritikan dan kecaman terhadap Ahli Parlimen Rasah yang kurang ajar itu? Adakah Pas setuju dengan apa yang Ahli Parlimen itu katakan terhadap Ridzuan Tee? Sudah tentu tidak.

Bagaimana dengan gambar patung Najib di Batu Caves? Kenapa Ulama dan Mufti berdiam diri?Takkan ulama dalam Umno bersetuju dengan gambar besar Najib di Batu caves itu?

Kenapa pula orang bukan Islam semakin biadap dan campurtangan urusan hukum hakam Islam.Siapa yang ajar mereka jadi begitu?Inilah akibatnya kalau orang Islam sendiri berani hina Hukum Hudud, memperlekehkan undang-undang Islam, bersetuju dengan kahwin campur walau berbeza agama(Islam Liberal). Sanggup istihar darurat di Kelantan jika Hukum Hudud dilaksanakan.Buat undang2 Keluarga Islam bagi yang peluk Islam anak2 kekal agama asal. Banyak lagi kalau nak cakap dan ada yang kata nak makan sup tangan pi Kelantan.

Cakap banyak2 bab orang Islam hina Islam nanti kata ungkit pula , tapi inilah hakikatnya kenapa orang bukan Islam semakin biadap terhadap Islam. Kalau orang Islam sendiri menghalalkan orang Islam hina Islam, kutuk Islam apa kejadahnya dengan orang bukan Islam nak hina Islam. Ulama dan mufti diam diri jika ada pemimpin Islam yang berpolitik buat jenaka dengan hukum Islam, mereka tak kata apa pun

2 ulasan:

  1. Ini sami dari Mongolia. Warna baju pun dah tahu WARNA SAMI TINGKAT TINGGI.. Apa hukum ? Jawab harusana harusini HARUSSSSSSSSSSSSSSSSSSS...

    BalasPadam
  2. Misai Bodoh,

    Kaalu Naijb ynag sruuh...buatkan utk aku satu pnutag ynag beasr menaglhakan Firaun...meamng Naijb Firaun dan creidklah engkau.

    Tapi kaalu dibuat oleh mearka2 tu tnpaa dikehtaui...mmg bnegaplah engkau. Sbeelum mneduuh....craikan makulamt sbaeik mkiugnn dan seabyank mngukin. Jganan meudunh tak ttenu arah.

    BalasPadam