Sewaktu puak-puakNGO Melayu dan Badan Bertindak Seksyen 23 , Shah Alam yang heret kepala lembu depan pintu pagar SUK dalam isu pindah kuil dari Seksyen 19 ke seksyen 23 tu mereka masih bawa 'banner' yang ditulis dengan Take beer, take beer ,take beer.
Siapa la yang jadi bingung dan bangang sangat ni sampai tak habis -habis lagi nak politikkan isu arak ni. Perkataan Take Beer tu jadi macam iklan pula suruh orang minum atau mentekedarah air kencing Syaitan tu . Ada orang 'sponsor' ka sampai tiap-tiap kali NGO2 ni buat perhimpunan haram dok taja beer tu kat orang?
Kalau setakat 50 orang tu pi demo lagu tu sampai Umno, termasuk PM Najib pun kata tak setuju, dengan tindakan heret kepala lembu tu termasuk , Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno, siapa yang bagi upah kat Ngo dan Badan Bertindak Seksyen 23 tu buat kerja tanpa fikir masak-masak akibatnya kepada orang Islam sendiri. Kita nak tunjuk lagak samseng biarlah bertempat, biarlah kena dengan caranya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan