Demo dah habis, Sabtu ni genap lah seminggu demo GMI , tapi badan-badan NGO pro ISA dan Dewan Perniagaan Melayu ,PPIM dan Pewaris sedang berkira-kira nak saman penganjur kononnya ramai peniaga rugi semasa demo anti ISA berlaku.
Dulu demontrasi apa pun puak-puak ni tak pernah fikir nak saman penganjur demontrasi, mungkin ini saja jalan yang mereka ada untuk balas dendam kerana kegagalan pro ISA untuk gagalkan demontrasi anti ISA tidak berjaya, malah puluhan ribu pula manusia yang turun untuk demontrasi anti ISA.
Puak-puak ni sedang membilang untung diatas keperitan rakyat yang dijamu gas pemedih mata, bom asap dan 'water canonn' FRU dan polis dalam demontrasi anti ISA yang zalim itu.NGO-NGO ni yang 'disuntik' semangat oleh Umno kerana nada NGO2 ni sama dengan Umno dalam isu ISA sedang mengira-ngira berapa wang mereka boleh dapat jika dibawa kes ini ke Mahkamah.
Melayu gila wang nak nak saman Melayu lawan ISA .Melayu lapar wang nak saman Melayu -Islam yang anti tahan orang tanpa bicara.Melayu kebuloq duit nak saman Melayu yang nak hapuskan kezaliman. Aku sebut Melayu kerana yang turun demo GMI '200%' Melayu!
NGO2 ni hanya tau kira duit tapi tak reti nak faham bahasa kezaliman ISA atau sudah terkulai dipangkuan Umno, kena cucuk hidung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan