Saifudin Nasution, Ahli Parlimen Machang(PKR), Kelantan yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya PKR yang berceramah di Changloon, Kubang Pasu berkata, TPM Muhyidin Yasin patut cerminkan diri dulu sebelum tuduh Anwar Ibrahim sebaga pengkhianat Melayu. Semasa Muhyidin jadi MB Johor dulu semua projek di Johor di swastakan kecuali tanah kubur dan angin saja yang tinggal.Berapa banyak tanah yang diberi kepada Cina Singapura?
Saifudin juga berkata, minyak dan gas di Kelantan yang digali daripada laut Kelantan sejak tahun 2004 dan dihantar ke Songkla, Thailand untuk diproses adalah satu jarak yang jauh jika dibandingkan jika diproses di Kelantan. Kerajaan Umno-BN sanggup bayar duit kepada Kerajaan Thailand, dan dengan duit itulah kerajaan Thailand gunakan untuk membunuh umat Islam di selatan Thailand.97 peratus rakyat Kelantan adalah orang Melayu dan Islam tapi umno sanggup tidak bayar royalti minyak 5 peratus setahun kepada Kerajaan Kelantan semata2 diperintah oleh Pas. Apakah ini tidak jadi pengkhianat namanya?
Kata Saifudin lagi, semasa MB Nizar ketuai kerajaan Perak , Umno tuduh Pas jadi kuda tunggangan DAP kerana bagi tanah kepada Cina miskin untuk kampung baru, tapi MB Nizar yang luluskan tanah untuk orang Melayu yang lebih banyak dan peruntukkan untuk sekolah agama rakyat Umno tak cakap pula. TV3 dan RTM tak siarkan apa yang MB Nizar buat untuk orang Melayu. Mana lagi teruk dengan pemimpin Umno yang bagi tanah untuk taukeh judi di Bukit Tinggi kepada Vincent Tan dan luluskan pusat judi terbesar kepada Lim Goh Tong di Genting Highland?Apakah bagi tanah kepada Cina miskin di kampung baru dianggap pengkhianat? Apakah bagi tanah dan luluskan judi terbaru di Bukit Tinggi oleh PM Najib dianggap mulia? Siapa yang tunggang siapa sebenarnya? Apakah pemimpin Umno yang bagi tanah dan luluskan lesen mesin judi kepada taukeh Cina dapat pahala diakhirat?
Kata Saifudin Nasution lagi selagi orang umno menjadikan RTM, TV3 dan Utusan Malaysia sebagai 'kitab' rujukan mereka yang muktabar maka selagi itulah pemimpin Umno akan terus dapat sokongan orang2 Umno.
Sokongan orang bukan Melayu kepada Pas dan PKR membimbangkan Umno kerana selama ini Umno menang dengan sokongan orang bukan Melayu dan sekarang benteng itu telah pecah , sebab itulah Umno mainkan isu pengkhianat Melayu untuk dipercayai orang Melayu. Sekiranya isu bangsa ini pun tidak lagi dapat dipercayai oleh orang2 Melayu pada masa itu Umno akan 'bungkus'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan