Sabtu, 15 Ogos 2009

Jangankan Tingkat 14, Tingkat 8 Pun Berkecai Dah


Teoh Beng Hock dikatakan bunuh diri dengan terjun bangunan daripada tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam menurut kata dr Khairul Azman Ibrahim, pakar perunding kanan perubatan forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


Kenyataan itu dapat bantahan peguam pemerhati bagi pihak keluarga Teoh, Gobind Singh.Sebelumnya, Teoh dikatakan diseret dan diletak di tingkat 5, dibunuh di tempat lain dan di sret ke tempat mayat dijumpai.Macam2 teori timbul dalam sesi ingkues kes Teoh.


Kalau Teoh tu terjun la dari tingkat 14 tu agak2nya mayat nya jadi lagu mana? Tentu tak tidur mengiring macam tu, darah pun ada tak banyak tempat mayat dijumpai.Berkecai dah mayat tu kalau terjun dari tingkat 14 tu, kepala pun dah hancur. Yang jatuh tingkat 10 atau 8 pun dijumpai dalam keadaan mengerikan inikan pula kalau terjun dari tingkat 14!

Kaum Cina yang jadi pengundi di Permatang Pasir tentu tidak mudah percaya dengan dr pakar tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan