Isnin, 10 Ogos 2009

Perang Badar Pun Bulan Puasa..

Nampaknya kali ni Umno-Pas akan 'berperang' dalam bulan puasa kerana tarikh mengundi jatuh pada 25 ogos 2009 dan penamaan calon jatuh 17 ogos 2009. Itu keputusan SPR kita ikut saja, tapi tang lawan Umno-bn kita mesti lawan tak kira bulan apa janji lawan.

Akan kenyanglah pengundi dan rakyat Permatang Pasir dengan majlis berbuka puasa yang sudah tentu dihadiri pemimpin kedua2 belah pihak Umno-Pas di samping solat sunat tarawih dimalam hari.Rakyat Permatang Pasir akan dapat 3 perkara iaitu Berbuka Puasa bersama pemimpin masing2 , Solat Sunat Tarawih bersama pemimpin dan dapat dengar ceramah di malam hari oleh parti Umno- Pas. Untung orang Permatang Pasir.


Bab nak kata mengata untuk kempen prk Permatang Pasir antara Umno-Pas walaupun bulan puasa bergantung kepada isu yang akan dibawa kepada kedua belah pihak yang bertanding. Kalau nak cakap pasal kezaliman ISA, kebiadapan FRU dan Polis terhadap rakyat yang turun demontrasi anti ISA aku rasa tak berdosa malah boleh cakap tak kira bulan apa sekalipun.

Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW pun berperang dalam bulan puasa melawan puak2 yang menentang Islam hanya dengan 313 orang saja dan menang besar dengan pertolongan Allah. Ini baru 'berperang' dengan hanya menggunakan sebatang pensil saja tak lebih daripada itu, tak banyak manapun tenaga yang nak digunakan.

Bala 'tentera' Umno-Bn sudah tentu dengan dilengkapi dengan jentera Kerajaan Persekutuan untuk berkempen di Permatang Pasir, sama seperti di prk Manek Urai untuk tagih undi di Permatang Pasir. Adakah politik ugut dan janji kosong Umno seperti yang TPM Muhyidin lakukan di prk Manek Urai akan kembali muncul di Prk Permatang Pasir?Jangan sampai ada yang tak posa sudah lah gara2 penat berkempen di siang hari (lelaki), tapi kalau Puteri Umno tak posa kerana 'uzur' itu tak dapat dielakkan...

2 ulasan:

  1. Yang bermusafir tak pa tak puasa. tapi yg tak ada alasan tak nak puasa ni yg harusana harusini kena keluar fatwa ulangan. jenis umno pas pkr melayu ramai tak faham agama. tu yg boleh tutuh depan belakang, tutuh. mana sampai dulu tutuh. wang umno ka, pas ka, pkr ka,semua tutuh. duit mat sabu ka, salleh man sapu, najib atantuya ka, mat sembab ka tutuh pi. tradisi pilihanraya kalau tak berani tabuk duit jangan bertanding. Yg untung towkay buat sepanduk, bendera, poster dan segala mak nenek. tutuh pi la janji duit raya tahun ni bekepoi. yg penat budak2 pas unit amal yg mukhlisin. pemimpin hangpa dok dlm kereta aircond kesana kemari. Semua halal sebab bulan puasa hati kena baik beb. halal. gi jahane umno.

    BalasPadam
  2. Dah nama pun unit amal...

    BalasPadam