Khamis, 20 Ogos 2009

Tapak aku punya, belanja aku bagi



Nampaknya Muhyidin Yasin pun panas punggung bila AMK Parti Keadilan Rakyat buat aduan kononnya masa Muhyidin jadi MB Johor dulu telah jual tanah di Sungai Lingu , Bandar Tenggara ,Johor kepada Singapura. Sedap saja masa Muhyidin Yasin tuduh pemimpin Melayu yang menentang Umno pengkhianat bangsa, sekarang 'time' Muhyidin pula di tuduh 'jadi broker untuk jual tanah ' kepada Singapura.

Bagaimanapun Muhyidin menafikannya dalam mStar online, kata Muhyidin-"Jadi kita bagi satu kawasan, bukan bagi kepada Singapura, tanah itu sampai sekarang milik Johor.Tidak seinci pun kita bagi kepada Singapura, Singapura kata saya hendakkan air, saya akan belanjakan duit saya, pasal kamu tidak perlu keluarkan duit tapi segala harta yang dibina di atas tanah itu adalah milik Johor, tanah milik kita, loji air milik kita, yang Singapura kata mereka hanya mahu air ."

Maknanya Johor hanya bekal air tapi segala belanja Singapura yang tanggung. Nama pun bagi sudah tentu tak boleh ambil balik walau pun tak tukar nama. Cuma tak tukar nama saja , jadi Singapura ada kuasa penuh atas tanah itu. Kalau bagi tentu percuma . Kalau jual tentu dapat duit. Bagi dengan jual mana lagi teruk? Lee kuan Yew turut gertak Muhyidin kalau tak bagi air , Singapura akan berperang dengan Johor.

Macam cerita 'Tiga Abdul' pula-"Ayahanda marah, kalau ayahanda marah, ayahanda kena jual!"

1 ulasan:

  1. Tak tau lah samada hang ni reti bahasa Inggeris tak...tapi klu hang reti...pegilah baca2 skit blog Islam kt luar negara sana...mcm: -
    http://islam-west.com/
    http://drmaxtor.blogspot.com/
    http://jnoubiyeh.blogspot.com/

    Cuba tengok sikit...macamana Islam ditanahair mereka dipecahbelahkan samada mengikut sunnah dan syiah ke...mengikut puak2 ke....dan dengan itu maka mudah Islam tu diratah2.

    jangan taksub dan jumud sgt smpi anggap Islam aku jer Islam yang betul. Ambil iktibar.... berpada2 dalam menuduh orang.

    BalasPadam