Pemimpin Umno dan Ahli Umno serta NGO Melayu yang pro Umno sebulat suara bersetuju dengan dakwaan Muhyidin Yasin, Anwar Ibrahim adalah pengkhianat Melayu. Orang Umno telah berdemo depan bangunan Dato' Onn di Kuala Lumpur dan dilain2 negeri untuk beri sokongan padu pada kata2 Muhyidin Yasin.
Aku sikit pun tak hairan dengan sikap dan perangai Umno terhadap Anwar Ibrahim dan aku bukan penyokong Anwar Ibrahim, tapi apa yang rasanya tak patut keluar daripada mulut seorang TPM telah jadi ikutan umno bawahan tanpa asas dan bukti kuat Anwar seorang pengkhianat bangsa Melayu. Bagi aku soal Melayu no 2 soal Islam no 1. orang no 1 benci dan meluat kepada Anwar ialah Tun Mahathir.
Antara pengkhianat bangsa Melayu dengan pengkhianat agama Islam mana lagi teruk? Perjuang bangsa , perjuang Assobiyyah dok kira lawan berkelai dan dabik dada kata Umnolah pejuang bangsa, pejuang Melayu tapi nak tukar PPSMI kembali kepada Bahasa Melayu pun kena tunggu sampai tahun 2012.Orang yang nak pertahan Bahasa Melayu kena sembur gas pemedih mata sampai muntah dan pengsan. A . Samad Said, Sasterawan Negara yang kena gas pemedih mata ketika demo PPSMI berkata- " Ooo macam ni rupanya nak pertahankan bahasa Melayu.
Pengkhianatan Umno terhadap agama, terutamanya dalam bab Murtad amat mengecewakan. Tidak ada undang2 yang tegas yang boleh dicabar oleh orang bukan Islam dalam isu murtad. Undang2 pencegahan Murtad amat longgar dan ini yang patut dibimbangkan oleh Umno bukan dok kira isu Melayu saja sampai tak kering gusi dok tempik Satu Malaysia Umnolah pejuang Melayu, tapi dalam masa yang sama dah ada orang Melayu mula suka ke gereja dan kuil. Apa Umno kata bab Murtad? Tak ada.Orang yang perjuangkan Murtad dituduh perkauman pula.
Begitu juga dengan Isu Hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan.Apa Umno kata dengan Hudud? Itu Hudud Pas bukan Hudud yang betul. Melayu apa macam ni kalau sanggup permainkan agama sendiri.Di Kelantan kerana tak dapat laksana Hudud kerana Umno-bn tentang di peringkat Kerajaan Pusat, hanya ada Hari Hudud setiap tahun. Melayu apa perlekeh agama sendiri?
Dulu Tunku Abdul Rahman tubuh Perkim bertujuan untuk bantu saudara baru yang peluk Islam, tapi sekarang apa jadi dengan orang yang peluk Islam. Masuk Islam lepas tu kembali kepada agama asal, ada yang jadi peminta sedekah kerana tidak ada bantuan yang sewajarnya. Masuk Islam tapi cara hidup macam agama asal. Oleh kerana mereka bukan Melayu walaupun Islam tidak ada rasa nak tolong saudara baru ni.
Pas Selangor yang menentang penjualan arak di tempat yang majoriti Islam dinaik kain rentang yang kata "Dulu Takbir sekarang Take Beer", nak politik kan pula isu arak. UMNO perli lagi, Melayu apa macam ni. Umno khianat tak habis-habis kalau pasal agama. Umno sanggup pertahan Melayu tapi Agama tergadai tak rasa apa.
Umno pernah gelar orang yang perjuangkan Islam dalam Pas sebagai Komunis, Parti Ajaran Sesat dan Penderhaka semata-mata nak kaut politik murahan.
Peduli apa aku nak kata apa pun dekat umno, memang itu pun yang Umno kata kat Pas dan orang yang perjuang agamaBerapa sen sangatlah nilai Melayu di Akhirat kelak?Berapa sangatlah nilai Tok Mufti dan ulama yang berdiam diri atas kesilapan Umno di hadapan Allah Taala di Padang Mahsyar?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan