Sabtu, 15 Ogos 2009

Permatang Pasir:RTM dan TV3 perbodohkan rakyat Malaysia

Semalam Mat Sabu dalam satu ceramahnya di Permatang Pasir apabila melihat ramai orang datang untuk dengar ceramah berkata-" Mai buat apa ramai2 , pi balik nanti peniaga tutup kedai, rugi ." Orang ramai terdiam lebih kurang 5 minit kerana tidak dapat tangkap maksud yang Mat Sabu cakap. Lepas tu baru orang ramai bertepuk tangan dengan seloroh tersebut.


Mat Sabu berkata demikian kerana RTM dan TV3 , semasa demo anti ISA 1 ogos yang lalu berkata para peniaga di sekitar kawasan Kuala Lumpur telah mengalami kerugian kerana ramainya orang yang buat demontrasi di kawasan tersebut.Para peniaga telah tutup kedai atas arahan polis bukannya orang ramai yang berdemontrasi yang suruh tutup kedai.

Inilah rakyat Malaysia masih mempercayai siaran berita propaganda Umno-bn iaitu RTM dan TV3 tanpa mengkaji daripada pelbagai aspek yang benar. Mat Sabu berkata kerajaan telah buat kaji selidik bahawa berita propaganda untuk rakyat mempercayainya masih ada sebab itu berita seperti itu masih diterima rakyat.

4 ulasan:

  1. Terima kasih kepada Tuan Haji Mohamad Sabu. Orang Melayu Pulau Pinang kalau dok harap mamak untuk membela orang Melayu bagaikan tunggu kucing bertanduk je. Semoga maulana kampong Mengkuang Mat Sulong pun faham. Dalam perjuangan memertabatkan Islam di Bumi Melayu ini memerlukan pengorbanan jiwa dan raga. Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar harus sekali.

    BalasPadam
  2. Woi, Misai Merah, hangpa dan Abang Mat Sabu lagi rugi kerana tak mengenal dan mengaji Hadis Rasulullah SAW ini.

    Hadis Tsaqalain Riwayat Yaqub bin Sufyan Al Fasawi

    Yaqub bin Sufyan adalah ulama Al Hafiz yang diakui kredibilitas dan keutamaannya. Beliau adalah salah satu guru Imam Tirmidzi dan Nasa’i. Beliau telah diakui tsiqat oleh banyak ulama. Ibnu Hajar dalam At Taqrib 2/337 dan Adz Dzahabi dalam Al Kasyf no 6388 mengatakan bahwa Yaqub bin Sufyan adalah seorang hafiz yang tsiqat.

    Dalam kitab Ma’rifat Wal Tarikh karya Yaqub bin Sufyan Al Fasawi 1/536 disebutkan hadis Tsaqalain dengan sanad yang shahih.

    حَدَّثَنَا يحيى قَال حَدَّثَنَا جرير عن الحسن بن عبيد الله عن أبي الضحى عن زيد بن أرقم قَال النبي صلى الله عليه وسلم إني تارك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا كتاب الله عز وجل وعترتي أهل بيتي وإنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض
    Telah menceritakan kepada kami Yahya yang berkata telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hasan bin Ubaidillah dari Abi Dhuha dari Zaid bin Arqam yang berkata Nabi SAW bersabda “Aku tinggalkan untuk kalian yang apabila kalian berpegang-teguh padanya maka kalian tidak akan sesat yaitu Kitab Allah azza wa jalla dan ItrahKu Ahlul BaitKu dan keduanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaKu di Al Haudh.

    Hadis ini sanadnya Shahih. Semua para perawinya adalah perawi tsiqat dan perawi shahih. Para perawinya adalah perawi Bukhari Muslim kecuali Husain bin Ubaidillah yang merupakan perawi Muslim.

    SALAWAT !

    Zol, Bukit Kristal

    BalasPadam
  3. la..apa hal ust zul..apa kaitan isa yg menyiksa orang tak berdosa..tak dak hadis ke

    BalasPadam
  4. PAS dah takder orang yg ada ilmu dunia tinggi sikit ke? Manek Urai tak tau membaca....Permatang Pasir pulak niaga pasar malam.

    Bukan menghina tapi....kene la pada tempatnya. Ini bukan jawatan ketua kampung.

    Apa exco yang boleh dikendongnya? Apa yang boleh dibahasnya dalam dewan nanti? Apa rujukan dan research yang akan dilakukannya nanti? memang takdok akai.

    Dalam Islam pun disuruh diletakkan orang yang setaraf dengan jawatan pada tempatnya. Aduihhhh......gelak sakan org Cina. Melayu memang bodoh berpolitik.

    BalasPadam