Isnin, 10 Ogos 2009

Muhyidin Layak Di Gelar Tukang Karut Umno


Lagak TPM Muhyidin Yasin sekarang dalam menghentam Pas dan Pakatan Rakyat tak lain tak bukan untuk mendapat kepercayaan PM Najib bahawa beliau seorang yang setia kepada Najib dan tidak cuba untuk merebut tempat yang Najib pegang sebagai PM.
Jika dulu beliau menghentam Pak Lah kerana nak cepat jadi TPM sekarang beliau dilihat untuk jadi 'Ghurka' saja kepada Najib. Lihatlah apa kata Muhyidin yang berada di Perth ,Australia mengenai prk Permatang Pasir-"Pas tak berani sebut soal pembangunan di Manek Urai dan begitu juga di Permatang Pasir nanti."
"Kalau nak bina masjid pun, perlukan peruntukkan Kerajaan Pusat(dulu)...kalau Kerajaan Pusat tak beri, maka dia (Pas) tak mampu."-Utusan online
Beginikah saja ucapan orang yang jadi no 2 dalam Kerajaan Pusat bercakap?Pembangunan, pembangunan, pembangunan tak lebih dari itu. Selain dari jadi juara cakap pasal pembangunan, Muhyidin juga jadi juara dalam Umno untuk labelkan pemimpin Melayu yang tak sokong Umno sebagai pengkhianat dan juga jadi juara pengugut kepada bangsa Melayu sendiri jika tidak sokong Umno dalam pilihanraya.
Inilah orangnya tokoh baru yang layak jadi Tukang Karut Umno. Ucapan-ucapan sebegitu hanya layak dicakap oleh pemimpin Umno peringkat cawangan dan Bahagian Umno saja bukan Muhyidin yang jadi TPM dan Naib Presiden Umno.
Setakat nak cakap buat Masjid, buat Surau dan tambun tanah merah dan mini tar JKKP pun tau cakap.Modal pembangunan dah jadi basi, rakyat dah tau fikir kerja sapa nak buat tu semua. Rakyat yang jadi pembayar cukai boleh fikir kerja kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat nak buat pembangunan. Pi tanya JKR kerja pembangunan tu kerja sapa. Jaganlah nak perbodoh rakyat wahai Muhyidin dengan cerita pembangunan setiap kali ada pru atau prk. Cerita lain dah tak ada ka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan