Jumaat, 21 Ogos 2009
Selangor: Siapa main siapa?
Nampaknya politik Selangor kembali bergolak dengan macam2 isu semasa menjelang tarikh 31 ogos, iaitu tarikh yang dikatakan Umno akan ambil alih tadbir negeri Selangor. Ribut politik yang landa negeri Selangor tak pernah tamat ada saja isu yang ditimbulkan , terkini seperti berikut:
1- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur arahkan MB Selangor, Tan Sri Khalid bayar RM66 juta yang beliau pinjam daripada Bank Islam untuk beli saham pada tahun 2001-Mahkamah tangguh sementara keputusan untuk tunggu rayuan Tan Sri Khalid. Salah Siapa?
2- Di Selangor sekarang kecoh pula dengan buku tanpa nama dan penerbit untuk burukkan MB Selangor itu dan Anwar Ibrahim. Buku tajuk' Nasib Melayu Selangor' kutuk Tan Sri Khalid, sementara buku yang bertajuk ' 50 Kemusykilan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim' yang kutuk Anwar Ibrahim. Dulu zaman Khir Toyo jadi MB ada juga keluar buku dengan tajuk 'Khir Toyo Antara Amanah Dan Khianat' , tapi ada nama penulis yang bernama Mohammad Rafi Awang Kechik yang mendedahkan tentang skandal tanah di Janda Baik, Hutan Rimba Templer yang libatkan Khir Toyo. Khir Toyo nafi terlibat dalam dua buku kutuk MB selangor dan Anwar Ibrahim. Kata Khir-"Tidak ada kot, kalau ada ini satu gerakan yang baik."-malaysiakini
3- Ini lagi satu , mengenai adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisyam yang jadi liat sangat nak masuk sidang Dun, sampai sekali pun tak nampak muka dalam dun Selangor. Ramai pengundi dalam kawasan tersebut dok bising lama dah. Kata Tan Sri Khalid-"kita tidak boleh arahkan seseorang letak jawatan, tapi jika itu yang terbaik untuk rakyat, mengapa tidak?"-suruh letak jawatan-malaysiakini. Kalau macam ni lah perangai jadi wakil rakyat lebih baik sungguh2 kena letak jawatan atau sertai parti yang dirasakan lebih baik dengan jiwa sendiri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan