Jumaat, 7 Ogos 2009

Rasuah: Terimakasih Raja Nazrin!

Dalam artikel 'Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu' Raja Nazrin menghuraikan panjang lebar betapa kejinya orang yang menjadi pemberi dan penerima rasuah.

Kata Raja Nazrin-"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia."-malaysiakini

Baginda juga berkata-"lalu tenggelamlah kesungguhan, usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan.Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat."

"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seorang insan ketaraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta,kepada kekayaan,kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperolehi secara haram," titah Raja Nazrin-malaysiakini.

Kata Raja Nazrin rasuah juga berlaku dalam Istana,sektor awam,swasta,organisasi politik, malah dalam badan2 agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam pengamal dan penerima rasuah.

Bab rasuah ni tak kenal tok lebai atau pak aji kecuali orang yang bertakwa saja mampu menepisnya.Kakitangan kerajaan terutamanya bahagian keluar cek bila telefon kontraktor kata cek dah ada boleh ambik, nak datang ambik cek, kerani kata bawa la sama 'KFC ka Mc Donald ka 3-4 ketul baru cek boleh ambik, ni biasa tak percaya tanya sapa yang berurusan dengan kerani2 ni. Tu peringkat bawah yang di atas lagi kemaruk duit siap kira berapa kominsyen yang dimasukkan sekali dalam jumlah yang dibayar kepada kontraktor!

Dalam Umno semasa pemilihan jawatan peringkat tertinggi ada rasuah politik wang tapi kesalahan mereka tak boleh didakwa di Mahkamah biasa hanya 'mahkamah Umno' saja yang boleh jatuh hukum!Contoh Ali Rustam dan Khairy Jamaludin yang terpalit dalam politik wang semasa pemilihan Umno, mereka kebal daripada segi undang2 mahkamah awam.

Dalam setiap pru atau prk duit jadi senjata utama untuk beli undi supaya calon yang bertanding menang, walaupun kadang2 duit habis tapi calon tetap kalah! Begitu juga adegan beli calon parti lawan sehingga timbul akuan bersumpah berjuta ringgit macam isu rampasan kuasa di Perak tapi tidak ada pendakwaan dilakukan oleh SPRM.

Begitu juga dengan isu pembelian senjata dan kapal selam 'Scorpene' tidak ada pendakwaan dilakukan. SPRM mengamalkan pendakwaan berpilih jika libatkan 'ikan jerung' tapi bertungkus lumus siasat jika libatkan kepentingan politik Umno.

Rasuah tidak kenal Pakatan Rakyat atau Umno-Bn , rakyat miskin jadi bertambah miskin, yang kaya pandai cari lubang atau kabel dalam kerajaan semua projek boleh sapu, kaya hang pa makan 7 keturunan pun tak abis. Khir Toyo nilai rumah dia RM 24 juta, tapi dia kata RM 3 juta saja rumah dia, tapi kira juta juga kot manapun, semua orang Umno tak kata apa hanya Tun Mahathir saja yang terkejut sebab lagi mahal daripada rumah dia.

Yang jadi ustaz pun sewaktu dok ceramah kot masjid tak berapa kenal rasuah tapi bila dok dalam kerajaan teringin juga nak rasa jadi taukeh balak pun adaaa. Nilai takwa jadi kurang akhirnya turut tenggelam dalam hutan balak.Yang makan duit PPRT duit orang susah sampai berpuluh juta ringgit langsung tak dapat dikesan kerana begitu licik dan licin menguruskan duit rasuah tersebut.Pendekkata yang terpalit dengan rasuah yang libatkan pegawai polis pangkat besar2 dan menteri bila didakwa akan terlepas kerana kurang bukti, tapi kalau kerani cabuk makan rasuah senang pula didapati bersalah. Nak bunuh rasuah macam bunuh cicak saja jijak kepala, tapi ekor masih mengedik2 tak mati.

2 ulasan:

  1. aku do rasa hangpa pernah buat kerja ini, untuk dapat pembayaran, tengok jalan cerita ada pengalaman melayan kehendak manusia. melayu ka, cina ka, india ka, mamak ka, pkr ka umno ka, ustaz ka, haji ka, lu** sama bu** tak boleh percaya. tanya tukar tiub.

    BalasPadam
  2. as if his words hold any value anymore...

    BalasPadam