Siang tadi seorang ahli perniagaan Cina berkata kepada aku tentang calon Umno-Bn, Rohaizat Othman di Permatang Pasir yang dibatalkan kelayakkannya sebagai peguambela dan peguamcara oleh Majlis Peguam, kata beliau-" Ini macam punya orang pun dia boleh ambil jadi calon ka?Malu ooo. Lagi aaar sudah tak boleh jadi lawyer sivil punya sekarang cakap mau jadi lawyer Syariah pula. Ini macam boleh ka? Macam ni punya orang aar mesti kasi kalah punya."
Ya la bangkai gajah mana boleh tutup dengan tudung saji, baunya sampai "Satu Malaysia " dapat dicium. Dulu semasa prk Manek urai, Umno hina calon Pas kerana jadi penjual ikan, tapi Allah tu Maha Kaya. Calon Umno di Permatang Pasir ni lulusan UIA, tapi dituduh pecah amanah duit pekebun kecil pula, duit orang toreh getah la senang cakap, tapi rahsia terbongkar sebelum hari mengundi malang sungguh nasib calon BN di Permatang Pasir.
Kata taukeh Cina tu lagi-" Sudah rompak orang punya wang lepas tu kasi balik, cakap sorry sama orang kena rompak, habis macam tu saja ka?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan