Rabu, 19 Ogos 2009

Tok Guru Nik Aziz Layak Jadi PM- Dr Pakar

Ketika aku hendak pergi ke Permatang Pasir untuk hadir ke pusat penamaan calon di IKBN, Mengkuang aku terus balik ke kampung aku di utara tanah air di Kedah untuk lawat kedua ibu-bapa aku yang dah tua. Ayah aku menceritakan ketika beliau ke Hospital Besar Alor Setar yang baru di Jalan Langgar untuk rawatan susulan, beliau dirawat oleh seorang doktor pakar berketurunan Cina dan ayah aku dilayan dengan baik dan sempat doktor tersebut bercerita tentang politik semasa.


Doktor pakar tersebut rupa-rupanya amat tidak suka kepada cara pemerintahan Umno-Bn yang perintah Malaysia.Pemimpin Umno-Bn yang perintah Malaysia pentingkan diri sendiri tidak berjiwa rakyat, ini berbeza dengan cara hidup Menteri Besar Kelantan , Tok Guru Nik Aziz yang sudah perintah Kelantan 19 tahun tapi masih duduk di rumah sendiri, tidak tinggal di Rumah MB, cara hidup yang sederhana kata doktor pakar tersebut kepada ayahku.

Kata doktor pakar itu lagi , sememangnya Tok Guru Nik Aziz memang layak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia dengan cara hidup beliau yang tidak himpun kekayaan untuk kesenangan peribadi. Ini berbeza dengan pemimpin Umno-BN yang pegang kuasa kerajaan pusat yang hanya pandai kaut kekayaan dengan cara yang tidak betul kerana mereka jadi' kebal' dengan undang2 negara. Contoh nyata ialah Khir Toyo yang dituduh miliki rumah bernilai Rm 24juta walaupun beliau kata rumahnya hanya Rm 3juta, tapi baru berapa penggal saja jadi MB tapi dah jadi kaya-raya.

3 ulasan:

  1. Tuan Misai Merah, MB Kedah apa kurang dok rumah sendiri jugak. Dia mana harta pun jika ada duit pun masa jadi ahli lembaga Harakah. Itu pun masa Pas perintah Terengganu. Skrang gaji dan elaun MB Kedah tak banyak mana lebih kurang RM60,000.00 sebulan itu pun jenuh nak belanja orang parti.

    BalasPadam
  2. Ust Azizan baru lagi, sabaq la sat.

    BalasPadam
  3. pemimpin iran pun macam nik aziz gak tuan misai merah. tapi rakyat mereka hentam dia jugak.. ape cite cik misai?

    tauladan nya adalah, kalau orang dah kasi, ambil je lah..asal tak haram. tak payah nak poyo dok umah sendiri.
    kalau jadi presiden U.S dah lama mati kena tembak kat umah sendiri.

    BalasPadam