Rabu, 5 Ogos 2009

SPRM Bertindak jangan pilih bulu

Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail yang juga adun Batu Tiga telah disiasat oleh SPRM mengenai penyalahgunaan wang peruntukkan kerajaan negeri di pejabat exco tersebut- malaysiakini.

Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jadi tumpuan SPRM untuk "hapuskan' rasuah .Bagaimanapun sikap SPRM yang hanya berat sebelah itu telah menimbulkan tanggapan awam bahawa ada agenda untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Aku tak kisah nak siasat sapa pun siasatlah tapi biarlah nampak adil dan telus, jangan sampai mati2 sudahlah! Tengok Si Khir Toyo tu bebas berjalan dan ronda satu Selangor dok buka cerita kata rumah mewahnya tu bukan RM24 juta tapi RM3 juta saja, SPRM langsung tak siasat, sentuh pun tak ada.

SPRM tu bukan Umno punya, sama juga macam polis dan FRU, bukan Umno punya tapi bertindak jadi agen Umno untuk menggempur rakyat yang berhimpun secara aman.Lepas tu buka cerita pusing sana -pusing sini kata GMI suap upah kat para rakyat yang turun demo. Memang rakyat yang turun demo tu makan upah tapi upah itu dibayar oleh FRU dan Polis dengan jamu bom asap, gas pemedih mata dan 'water canonn'.

Aku hairan tengok kelaku orang Umno yang komen dalam blog, bila kena atas batang hidung Umno, macam Suhakam kritik Polis dan FRU bertindak keterlaluan terhadap rakyat yang tuntut dihapuskan ISA orang Umno senyap tak kata apa, tapi kalau kena atas batang hidung Pas dan Pakatan Rakyat pakat terpa nak jawab dengan bahasa yang kotor dan jijik.

Pakatan Rakyat tak sembunyi apa-apa, biar terang samaada apa isu yang timbul samaada sesama Pakatan atau sebaliknya biar rakyat tahu, biar rakyat nilai, kerana Undi diberikan oleh rakyat dan rakyat berhak untuk kritik kerajaan Pakatan

1 ulasan:

  1. Woit misaimerah kelabu asap. Khalid Brahim buat lari lembu ke bandar tun razak hangpa dok diam. Dalam Islam mana ada syarikat boleh tunai ibadat korban. Syarikat ni bukan PKR punya. Aku rasa pahala tak da, kenyang perut ada tapi hati kurang bersih. Hangpa kata PR tak sembunyi apa2. Hangpa pi tanya Raziah, Yakob Pari, Roni Liew, Halimah, Hasan dll adakah mereka amanah berbelanja dgn peruntukan dana yg dikeluarkan oleh kerajaan Selangor. Jangan2, Kota Kelang Pakunya serpih, kata orang, kamu yg lebih.

    BalasPadam