Bantahan oleh Badan Bertindak Jawatankuasa Penduduk Seksyen 23 , Shah Alam di hadapan pintu pagar Bangunan SUK Selangor kerana keputusan Kerajaan Negeri yang hendak memindah kuil hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23 dilaporkan dihadiri 50 orang Melayu yang tak puas hati dengan keputusan kerajaan Selangor itu. Mereka bawa kepala lembu yang masih berdarah sebagai simbol bantahan.
Mereka turut menconteng dinding dan tembok dengan kata-kata kesat kepada Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam, MB Selangor, Tan Sri Khalid dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah.
"Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka." kata Khalid Samad-malaysiakini.
Isu yang libatkan agama dan kaum yang berbeza sentiasa panas dan 'temperature' cepat naik jika dibubuh baja yang berlebihan. Semakin dekat 31 ogos semakin panas politik Selangor dimainkan. Selepas ini apakah kaum yang lagi satu pula akan letak kepala babi di depan rumah orang Melayu atau depan surau sebagai tindak balas? Apa nak di kata...
Woit demo misaimeroh,
BalasPadamgi buat gulai kepala lembu, lepas tu kito make ramai2 kat berbuko poso. Panggil sekali Roziah, Yakub, Khalid Samad dan MB make sekali jange lupo jemput semo ahli majlis. Pas tu demo binceng la bilo ada peluen nok masok kari kepala kambing pulok.