PM Najib enggan bagi tahu punca kekalahan Umno dalam prk Permatang Pasir walaupun dia tahu apa sebabnya Umn-BN kalah . Kalau setakat kata punca calon Umno, Rohaizat Othman, Permatang Pasir kubu Pas dan faktor pengaruh Anwar itu semua penganalisis dah cakap. Agak-agaknya apa benda yang PM Najib tak mau sebut tu?
Adakah faktor Muhyidin Yasin yang jadi Naib Presiden Umno dan TPM punca Umno tewas lagi sampai dah jadi 7-0 di Permatang Pasir? Mungkin sebab ni lah PM Najib tak mau bagi tau, sebab libatkan nama Muhyidin, nanti Muhyidin kecil hati kalau PM Najib sebut nama beliau faktor utama Umno tak boleh menang prk Permatang Pasir.
Siapa yang mulakan isu pemimpin Pakatan Rakyat yang Melayu jadi Pengkhianat Bangsa? Siapa yang suruh TGNA bertaubat dalam isu 'ahli Umno Tidak Masuk Syurga'? Tok Guru sebut lain tapi Muhyidin jaja kat rakyat dan media pro Umno sebut lain untuk kempen prk Permatang Pasir. Taktik serangan Muhyidin kepada Tok Guru Nik Aziz tidak berapa disukai Najib yang minta Tok Guru Nik Aziz guna pendekatan berbaik2 dengan Umno. Muhyidin guna pendekatan menentang arus dan tidak ikut telunjuk PM Najib dalam kempen di Permatang Pasir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan