TPM Muhyidin Yasin akur dengan kekalahan Umno di Permatang Pasir dan berkata punca Umno kalah ialah kerana Permatang Pasir kubu kuat Pas dan faktor Anwar sendiri yang masih relevan di kawasan tersebut.Muhyidin juga kata faktor calon Umno yang ada macam2 skandal yang di mainkan Pas turut menyumbang kepada kekalahan Umno. Macam2 analisis dah aku dengar daripada tokoh2 hebat tentang macam2 faktor Umno kalah dan Pas Menang di Permatang Pasir.
Itu pendapat orang lain yang bijak2 belaka, tapi siapapun ada hak nak bagi ulasan yang tak semestinya sama dengan orang lain. Muhyidin yang tidak serik dengan politik ugutan dan pembangunan di Manek Urai terus berjanji kosong di Permatang Pasir dengan hendak menjadikan Permatang Pasir 'anak emas' kerajaan Persekutuan jika Umno menang, tapi tetap tidak diterima janji seperti itu di Permatang Pasir. Para pengundi tidak percaya dengan janji 'anak emas ' kerana para pengundi berfikir bagaimana pula dengan dun2 yang dimenangi Umno selama ini kenapa tidak turut dijadikan 'anak emas' oleh Umno. Anak orang jamu milo anak sendiri jamu air suam!
Isu 'anak emas ' di Permatang Pasir turut diulas oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kempen prk di Permatang Pasir dengan berkata-" Anak emas' nak buat apa, kalau anak soleh dan solehah boleh selamat dunia akhirat."
Berkata seorang kuat Pas yang pergi kempen di prk Permatang Pasir jika peratus pengundi berada pada paras 82 % undi majoriti Pas akan dapat tak kurang 6000 undi. Isu Anwar pengkhianat Melayu yang dimainkan oleh Muhyidin Yasin turut tidak diterima oleh pengundi di Permatang Pasir. Umno tak perlu lagi janji 'emas' kepada mana2 pilihanraya selepas ini sebab 'dua ketul emas' Umno di dua prk tidak diterima pengundi. Di luar emas di dalam tembaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan