Pandangan Tengku Razaleigh berbeza dengan lain2 pemimpin Umno mengenai kontroversi calon Umno-BN yang dibatalkan lesen guaman oleh Majlis Peguam yang menghilangkan kelayakkan Rohaizat Othman untuk jadi peguambela dan peguamcara. Kata Tengku Razaleigh dalam blognya-
"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita.Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu."- kata Ku Li
"Apakah salah laku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai."- Ku Li
Umno anggap remeh dalam memilih calon, janji menang. Bagi Umno seperti Zahid Hamidi yang pertahankan Rohaizat Othman sebagai calon sah di Permatang Pasir beranggapan orang2 Umno tak kisah sapa pun jadi calon ,ada songlap duit ka, muflis ka , kerana orang macam Zahid tak fikir pasal malu dan maruah Umno. Umno Permatang Pasir kena boikot calon seperti Rohaizat jika ada maruah dan perasaan malu kepada rakyat Permatang Pasir. Umno Permatang Pasir kena bagi undi protes kepada calon Pas sebagai tanda tidak setuju dengan tindakan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang yang tidak fikir semasak2nya sebelum buat keputusan pilih Rohaizat sebagai calon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan