Jumaat, 14 Ogos 2009

SiapaYang Nak 'Joint' Umno?- Selangor

Akhbar Siasah terbaru dengan tajuk 'Umno Rampas Selangor 31 Ogos' mengatakan sumber dalaman Umno mendedahkan, 31 ogos adalah tarikh untuk melaksanakan perancangan tersebut sepenuhnya.

Apakah Umno boleh tubuh kerajaan baru tanpa ada sokongan daripada adun2 Pakatan Rakyat? Jika ada daripada parti mana? Takkan daripada parti Pas pula? Siapa orangnya?


Memang PM Najib berjanji mau rampas kembali Selangor, tapi dalam pru akan datang. Beliau suruh Umno Selangor kerja kuat supaya tawan Selangor, tapi kalau pada tarikh tersebut mungkin hanya gimik politik saja macam 16 september idea Anwar.


Adakah orang dalam pakatan rakyat sendiri mau lihat Umno kuasai semula Selangor kerana terpengaruh dengan mainan politik Umno yang mengucarkacirkan pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Kalau setakat gerak kerja yang Umno buat sekarang dengan bermacam2 ceramah tu memang ada, terutama di Shah Alam, tapi kalau ada pakatan dalam gelap dengan pemimpin pakatan rakyat mungkin pakatan rakyat akan tumbang pada 31 ogos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan