Ahad, 9 Ogos 2009

"Kalau Nak Menang, Buat Cara Nak Menang"-PM Najib

Banyak-banyak negeri yang di tawan Pakatan Rakyat, Selangor juga yang Najib mau tawan semula dan ambik kembali kepada Umno-Bn.Hari ini Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor berucap dengan penuh semangat dan berapi-api untuk naikkan kembali semangat ahli2 Umno Selangor supaya bekerja keras untuk tawan semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.
"Ini harapan saya...pesanan saya kalau hendak menang(di Selangor) buat cara hendak menang, jangan kita kata hendak menang tapi perbuatan kita menempah kekalahan."-Najib
"Tak guna jadi Ketua Bahagian tapi kalah!"-Najib. PM Najib turut hulurkan 'Formula Pekan' kepada umno Selangor untuk diguna pakai bagi ambik balik Selangor.
Maksud 'kalau nak menang , buat cara nak menang' tu dalam maksudnya.Dengan cara apa nak menang tu, adakah taktik kotor kuasai Negeri Perak akan turut diguna pakai di Selangor? Ya la, Selangor negeri paling kaya dalam Malaysia, ramai pelabur asing melabur di Selangor, hasil yang dipungut melalui cukai pelaburan banyak dan jadi jantung Malaysia, sapa yang tak nak ambik balik.
Sebab tu bila ada isu yang libatkan kerajaan negeri Selangor Umno cepat2 politikkan untuk tarik rakyat Selangor kembali sokong Umno-Bn.Umno yang mereka cipta segala jenis undang2 di Selangor semasa berkuasa dulu termasuk undang2 jual arak dan minuman keras dan kerajaan yang ada sekarang hanya meneruskan dasar2 peninggalan Umno-Bn saja, cuma penguatkuasaannya saja berbeza. Undang2 Kerajaan tempatan (PBT) tetap sama macam dulu tak berubah pun.
Maukah rakyat Selangor yang miskin bayar bil air yang murah kembali sokong Umno. Dulu Umno-Bn kira bil penuh sekarang ada potongan. Maukah rakyat tak kira Umno,Pas dan PKR yang dapat guna Dewan Orang Ramai untuk berceramah kembali sokong Umno, dulu hanya Umno-Bn saja yang boleh guna. Umno di Selangor sekarang umpama nak mengorat awek yang cun, belum dapat semua janji bila dah menikah pinggan mangkuk terbang melayang-layang. Jaga-jaga, baik ada makna tu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan