Rabu, 12 Ogos 2009

Amaran Zahid Hamidi Kepada Umno di Permatang Pasir


Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi memberi kata dua kepada Umno di Permatang Pasir supaya jangan mensabotaj parti Umno dalam menghadapi prk Permatang Pasir 25 ogos nanti. Amaran keras Zahid itu mungkin ada kaitan dengan tindakan Umno Bahagian Permatang Pauh yang serahkan kepada Umno Pusat untuk pilih calon Umno untuk bertanding di Permatang Pasir.
"Saya ingin tegaskan, mana2 anggota atau pemimpin Umno di Permatang Pauh atau mana2 tempat di Pulau Pinang yang sabotaj parti pada pilihanraya, kita beri tempoh 60 hari untuk memecat mereka. Saya tidak main2 dalam hal ini dan saya harap semua faham mesej ini." kata Zahid Hamidi- Bernama.
Mungkin ada keretakan berlaku dalam Umno Pulau Pinang sama macam Umno Bahagian Rantau Panjang yang berpecah dua sekarang ini. Apakah Zahid yang dianggap orang luar yang pimpin Umno Pulau Pinang tidak disukai oleh orang2 Umno di Pulau Pinang? Mungkin mereka meluat dengan Zahid yang terpalit dengan kecaman kerana berjumpa Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di Perancis dalam satu majlis koktail.Tindakan Zahid berjumpa penyembelih Umat Islam itu telah mengejutkan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang bencikan kekejamam Yahudi Laknatullah itu.Ini boleh menjejaskan kempen Umno di prk Permatang Pasir.
Garangnya Zahid sejak balik berjumpa Ehud Barak di Paris. Buah tangan apa yang Ehud Barak bagi kepada beliau?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan