Bermula dengan Permatang Pauh dan seterusnya Bukit Gantang, Bukit selambau, Batang Aii, Penanti, Manek Urai dan terkini prk Dun Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti menyaksikan rakyat Malaysia meriah dengan pilihanraya kecil di Seluruh Malaysia.
Kemungkinan satu lagi kerusi dun di Kedah jadi kosong iaitu Dun Kota Seputih akan menjadikan 8 prk pada tahun ini. Umno-BN yang dah kena 6-1 tentu fikir panjang jika SPR umumkan kerusi Kota Seputih jadi kosong. Adun Kota Seputih itu yang tidak hadir mensyuarat Dun Kedah sebanyak dua kali berturut2 telah dianggap kosong oleh Speaker Dun Kedah, Dr Abdul Isa. Ini undang-undang Dun Kedah.
Sekarang terpulang kepada SPR untuk kosongkan kerusi itu atau sebaliknya. Umno melalui Timbalan Presiden Umno seboleh2nya tidak mau lagi ada prk ,kerana semua keputusan memihak Pakatan Rakyat kecuali Batang Aii. Imej Umno-Bn akan terus tercalar jika keputusan Permatang Pasir memihak Pas dan Pakatan Rakyat walaupun kerusi itu sudah 3 penggal jadi milik Pas.
Kempen secara agresif dan Satu Malaysia tajaan PM Najib akan dinilai dalam prk Permatang Pasir samaada Satu Malaysia itu diterima rakyat atau 'satu Malaysia' rakyat tolak Umno-Bn. Walaupun Umno-Bn gunakan isu pembangunan sebagai satu daya penarik untuk pikat pengundi di Manek Urai, termasuk ugutan, dan wang ringgit sebagai habuan untuk orang yang undi Umno-BN, tapi Umno-Bn masih belum mampu untuk menang. Tetap kalah walaupun Pas menang di Manek Urai dengan 65 undi majoriti.
Umno mau buat prk di Kelantan tapi Umno tak berani lawan dalam prk di Kedah.Siapa punya kerja sebar sms yang kata adun Galas, di Kelantan meninggal dunia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan