Jumaat, 21 Ogos 2009

Orang Melayu Sambut Ramadhan di kedai Tom Yam Dan Kedai Mamak

Hari ini di Shah Alam, jalan menuju ke semua tempat untuk warga Shah Alam pulang ke rumah sesak teruk di waktu petang bermula pukul 5 petang hinggalah ke waktu Maghrib. Di bulatan dekat seksyen 24 memang dah sesak sejak beberapa hari lalu kerana Lebuhraya Shah Alam Kemuning dalam pembinaan.Kesesakan yang bertambah ini mungkin ada kaitan dengan warga Shah Alam mahu pulang awal untuk ke masjid untuk solat Isya berjemaah dan solat sunat Tarawikh secara beramai2 di Masjid.

Apa yang menyedihkan masih ada orang ramai, terutamanya anak2 muda Melayu yang beragama Islam masih melepak di kedai2 Tom Yam dan kedai mamak di waktu Maghrib dan hinggalah ke waktu Isya tanpa ada rasa segan silu, langsung tak ada rasa nak meraikan kedatangan Ramdhan yang penuh keberkatan ini. Ada juga didapati golongan dewasa dan pertengahan umur yang juga di kalangan orang Melayu yang sudah tentu beragama Islam.

Mereka duduk bersembang dan bual kosong sama seperti bulan2 lain macam tak ada rasa perbezaan sempena datangnya bulan Ramadhan. Apakah kita tidak merasa bimbang dengan generasi muda Islam yang terus hanyut tanpa ada sebarang perasaan untuk cintakan bulan yang mulia ini? Apakah kita mengharap kedatangan Ramadhan yang akan datang lagi sekali baru kita nak meraikannya? Apakah umur kita akan sampai kepada Ramdhan tahun hadapan?

Ada juga yang berkumpul di tasik-tasik yang gelap di malam bulan Ramadhan, berdua-duaan tanpa segan silu.Apakah generasi muda Islam ini yang kita harapkan untuk dijadikan taruhan orang-orang Melayu sebagai pelapis generasi akan datang? Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk cintakan Ramadhan bulan yang mulia ini.

Jika semua harta adalah racun, maka zakat penawarnya
Jika seluruh umur adalah dosa,maka taubat ubatnya
Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan pemutihnya-sms yang di terima.
Wallah hu a'lam

2 ulasan:

  1. Yup...salah UMNO tu....

    BalasPadam
  2. Mana boleh salahkan UMNO.
    Kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan individu.
    Kalau duduk Arab Saudi pun, perkara yang disebut diatas pun boleh berlaku juga.

    BalasPadam