Isnin, 17 Ogos 2009

Bolehkah Umno Selangor Rampas Kembali Selangor?

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam berkata, cita -cita Umno Selangor untuk rampas kembali Selangor memang sudah diketahui satu dunia, tapi buatlah apa pun rakyat Selangor sudah tak nak lagi kepada Umno-Bn- "Umno mau ambik balik Selangor tapi rakyat dah tak mau kepada Umno"kata Khalid Samad dalam satu ceramah penerangan isu2 semasa.

Ketika mengulas isu perpindahan kuil hindu daripada seksyen 19, Shah Alam ke Seksyen 23 beliau berkata kuil hindu tersebut telah wujud 26 tahun dahulu sebelum wujudnya Shah Alam. Apabila PKNS buat projek perumahan dalam plan beli rumah tak ditunjukkan kuil hindu tesebut. Apabila pembeli rumah yang terdiri daripada orang Melayu beragama Islam telah beli rumah tersebut pada masa itu kuil hanya beberapa meter sahaja daripada rumah mereka. Isu pindah kuil ini telah wujud telah lama dan tidak diselesaikan oleh kerajaan terdahulu. Apabila Pakatan Rakyat memerintah pihak kerajaan negeri telah berbincang dengan penduduk yang beragama Islam dan pihak sami kuil di seksyen 19 itu, semua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama pindah kuil yang timbul suasana tidak senang dikalangan penduduk Islam berdekatan kuil tersebut.

Pihak PKNS mengatakan tapak yang kosong untuk ganti tapak baru itu hanya ada di seksyen 23 dan tapak baru itu lebih jauh daripada semua rumah penduduk di seksyen 23. Umno pula timbulkan isu kononnya kerajaan pakatan tidak peka dengan penduduk di seksyen 23 yang ada 50 orang beragama hindu, lebih ramai daripada penduduk beragama hindu di seksyen 19.Kata Khalid Samad- "sejak bila pula Umno jadi jaguh bela umat Islam? Dulu sewaktu menang tak mau selesaikan , tapi bila dah kalah baru nak tunjuk hero kononnya Umno lah pembela Islam di Selangor. Umno hanya ambil isu ditengah jalan untuk dijadikan modal politik kepada orang2 Melayu di Selangor."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan