Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Awang Adik mengganggap tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Negeri Kelantan adalah kerana Kerajaan Negeri terdesak kerana kekurangan hasil negeri yang tak sampai RM100 juta setahun. Ketika di minta mengulas adakah patut Kerajaan Persekutuan bayar hasil royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan, beliau berkata-"mintalah dekat kerajaan Petronas."- Astro awani.
Apakah berbeza Kerajaan Persekutuan dengan "kerajaan Petronas "?Takkan Awang Adik tak tahu Petronas itu milik Kerajaan Persekutuan, yang berkuasa penuh atas apa saja yang Petronas nak laksanakan. Ucapan macam ni adalah ucapan sebagai seorang yang tidak patriotik kepada rakyat Kelantan dan berbeza dengan Tengku Razaliegh yang menyarankan Kerajaan Persekutuan kena bayar royalti minyak kepada Kerajaan Kelantan, walaupun beliau berbeza fahaman politik dengan Kerajaan Kelantan. Awang Adik lebih pentingkan kepentingan peribadi daripada memikirkan nasib rakyat Kelantan yang berhak dapat hasil minyak yang berada di perairan laut Kelantan.
Awang Adik yang dulunya calon Umno untuk MB di Kelantan dalam pru -12 mungkin masih berdendam dengan rakyat Kelantan yang menolaknya untuk jadi MB di Kelantan.
Awang adik ni kawan dgn ust nasa sudah lah.
BalasPadam