Ustaz Badrul Amin, bekas tahanan ISA telah menyampaikan tazkirah di Masjid Al-Falah di Shah Alam. Kata Ustaz Badrul Amin sepuluh yang pertama Ramadhan itu adalah kerahmatan. Setiap sesuatu itu adalah dengan rahmat Allah. Hendak cari kerahmatan Allah itu adalah dengan mengunjungi masjid.
Ada orang yang berpuasa tapi tidak solat, sedangkan puasa itu lagi berat daripada solat. Tapi manusia pandang remeh untuk solat. Ada orang tak solat tapi dakwa kuat iman, tidak mencuri harta orang, tidak minum arak dan tidak berzina. Mereka tidak mendapat rahmat Allah. Ada orang berpuasa tapi beli nombor ekor.
Hari ini kita tipu orang, orang yang kita tipu tidak tipu kita tapi orang lain pula yang tipu kita. Hari ini kita khianati orang, orang itu tidak khianati kita tapi orang lain yang akan khianati kita. Hari ini kita zalimi orang , orang itu tidak zalimi kita , tapi orang lain yang akan zalimi kita.
Orang yang kuat amalan solatnya, kuat puasanya insya Allah tidak akan kena H1N1. Pakar kesihatan suruh kita basuh tangan , cuci tangan untuk elak H1N1, tapi orang yang ambil wudhuk 5 kali sehari akan dapat elak penyakit tersebut. Pakar kesihatan melarang kita daripada ketempat awam untuk elak H1N1, habis bagaimana dengan solat Jumaat dan solat sunat Tarawikh yang terpaksa solat berjemaah, imam suruh rapat-rapatkan saf solat. InsyaAllah dengan rahmat Allah dihindarkan penyakit H1N1. Kuatkan amalan rohani dan pastikan wuduk 5 kali sehari.
Allah itu ada dimana-mana tapi rahmat Allah itu ada di Rumah Allah(masjid). Rahmat Allah itu tidak ada di disko, pub dan pusat2 hiburan yang melalaikan.
Wallahu 'aklam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan