Sabtu, 29 Ogos 2009

Isu Kuil: Atas Nama Melayu Atau Islam


Geng samseng 'NGO Melayu dan Badan Bertindak Seksyen 23 Shah Alam, yang letak kepala lembu dengan darah yang masih menitis di depan pintu pagar Bangunan SUK itu berjuang atas nama apa sebenarnya? Atas nama Melayu atau atas nama Islam ? Kalau atas nama Melayu , begitukah caranya nak mengajar , atau luahan rasa tak puashati atas sebarang perkara yang bertentangan dengan naluri kita? Kalau atas nama Islam , adakah Islam agama yang suci itu mengajar buat begitu kepada orang lain?

Kita marah kepada budak-budak sekolah yang buat 'vandalisme', conteng dinding bangunan dengan perkataan yang melambangkan keperibadian seseorang, cabut wayar telefon awam, tapi kalau orang dewasa yang nak perjuangkan entah apa pun tak tahu turut conteng dinding bangunan kerana tidak puashati nak kira lagu mana?

Kita tahu sapa dia NGO2 Melayu ni dan siapa di belakang mereka, zaman mereka nak tunjuk hero macam tahun 80-an di kawasan seperti Shah Alam dah ketinggalan zaman. Orang Shah Alam tahu bezakan antara kecerdikan dan kebodohan atau 'orang-orang yang tak berapa sekolah' ni nak jadi jaguh kampung di Shah Alam. Tindakan kekampungan dengan letak dan heret kepala lembu di kawasan seperti Shah Alam merosakkan taraf pemikiran warga Shah Alam, bandar industri, bandar ilmu dan pusat pelaburan kepada Selangor. Zaman nak sembelih ayam lempar masuk dalam rumah orang tengah-tengah malam , nak bagi amaran dah berlalu.


Tinggalkan perjuangan nasionalisme sempit dan perjuangkan Islam itu baru betul, baru otak boleh fikir luas sikit.

1 ulasan:

  1. Demo tahu ko semo oreg yg bui buah fikiren dale isu kuil, nak buat kuil ni, semo ada sahe akhirat. Demo jawab sendiri. Aku dok sir nak binceng atau bui idea dlm bule Ramaden ni. Aku berlepas tangen dlm hal ni dale wala pada pimpine Pas.

    BalasPadam