Nampaknya H1N1 dah semakin teruk menyerang rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina dan India. Tak kira agama semua kena. Ini bala Allah kata TGNA-Harakah daily.Jerubu di Lembah klang pula sekejap ada sekejap hilang.Hujan turun hilang , hujan tak turun jerubu balik. 1 Ogos lalu bukan setakat jerubu di Lembah Klang, tapi bom asap dan gas pemedih mata turut menjerubukan sekitar Kuala Lumpur angkara Polis dan Fru.
Kata TGNA-"Kita kena serah pada Allah, bala ni mari(datang)dia jangan kata tak ada kena mengena dengan Tuhan, alim Ulama sebut ia akan kena termasuk kepada orang baik, kerana apa mungkin kerana dia tidak nasihat dan tazkirah."-harakahdaily
Sekarang cuba tengok anak muda kita yang Islam, dah pandai bertatu, pakai gelang , bertindik hidung, rambut diwarnakan, pakai rantai, buang anak luar nikah dalam longkang,murtad dari agama Islam tanpa sebarang hukuman,tidak tutup aurat dah jadi kebiasaan, masjid lengang, majlis ilmu tak sampai 10 orang, hiburan jadi kegilaan, artis dan pengarah filem dipuja walaupun dah mati, tukar jantina tidak ada yang berani bersuara untuk mencegah, budaya lelaki bertukar menjadi lelaki lembut banyak kelihatan terutama "student" Universiti semunya ini membawa kemurkaan Tuhan.
Ulama pula berdiam diri takut kehilangan jawatan dan kemewahan.Besok nisfu Syaaban mari kita berpuasa sunat dan solat hajat minta dijauhkan bala Allah ini. Setiap penyakit ada ubat kecuali mati dan penyakit tua. Kalau untuk menghadapi prk atau pru kita berpuasa sunat inilah masanya kita berpuasa dan berdoa kepada Allah.
AsSalamu'alaykum. Menurut Kitab Kuning "Kasyful Ghaibiyyat" karangan Shaikh Zainal Abidin Patani, pada 15 Sha'ban (Nisfu Sha'ban)hari ulangtahun kelahiran Imam Muhammad al-Mahdi (as). Imam Mahdi lahir pada hari Juma'at, 15hb Sha'ban Tahun 255 Hijrah di Sammara, Iraq. Menurut kitab tersebut namanya Muhammad anak kepada Hassan al-Askari anak kepada Ali al-Hadi anak kepada Muhammad at-Taqi anak kepada... sehingga kepada Imam Hussin bin Ali yg shahid di Karbala, anak kepada Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib, beribukan Saidatina Fatimah az-Zahra anak kepada Muhammad Rasulullah (SAW). SALAWAT ! ALLAHUMMA SALI 'ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD !
BalasPadam