Nilai Mahkamah Tinggi Syariah berada di tahap mana apabila akur dengan kehendak Pejabat Peguam Negara yang batalkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi yang bersetuju untuk jalani hukuman sebat hari ini di Penjara Kajang kerana bersalah minum arak ?
Apakah kerajaan Malaysia tunduk kepada kehendak badan antarabangsa seperti Amnesty dan dapat liputan TV antarabangsa semalam melalui Aljazeera?
Apakah pembatalan hukuman sebat hanya melalui panggilan telefon tanpa perlu melalui proses mahkamah untuk batalkan satu2 keputusan yang dibuat? Kartika Sari yang diambil oleh pegawai Agama Islam Perak buat 'U-Turn 'untuk pulang semula kerumah selepas 30 minit dibawa pergi untuk ke Penjara Kajang kerana dapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara.
Di mana kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam hal ini?Kalau alasan bulan puasa, sedangkan yang empunya diri tak buat rayuan untuk tunggu selepas bulan puasa kenapa dibatalkan hukuman tersebut ?
Bulan puasa? Nabi berperang di bulan Puasa...nampak sangat Mahkamah Syariah dipermain-mainkan. Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam melihat Mahkamah syariah dipersendakan sedemikian rupa?
Yang Kartika ni hangpa nak sebat. Menteri Melayu dan pemimpin dan anak2 umnobn yg mengaku Islam, muntah kedarah arak hangpa tak sebat. Apa punya mahkamah syariah pandai pilih bulu pulak.
BalasPadam