Muhyidin Yasin sewaktu umumkan calon Umno-Bn di Permatang Pasir iaitu Rohaizat Othman berkata-"kita akan jadikan Permatang Pasir sebagai "anak emas" kerajaan persekutuan jika bn menang."
Muhyidin Yasin berkata pengundi Permatang Pasir masih dahagakan pembangunan dan janji akan buat pembangunan jika menang. Modal lama Umno untuk ugut pengundi Permatang Pasir seperti di Manek Urai masih dilakukan di prk Permatang Pasir. Manek Urai sekarang dah tak jadi anak emas lagi sebab bn kalah , jadi segala jenis emas di Manek urai dibawa ke Permatang Pasir untuk mengabui pula pengundi Permatang Pasir.
Calon Pas, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man telah diumumkan oleh Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang. Seorang lulusan Universiti Malaya dalam bidang Syariah, dan seorang Pentadbir Sekolah Agama.-gambar diatas adalah daripada mStar online.
Muhyidin sewaktu umumkan calon Umno-bn berkata-"kita tahu ramai orang Pas undi Umno di prk Manek Urai." TPM dan PM baru belum sekali pun dapat nikmat menang prk yang diadakan di Semenanjung. Apakah kali ini nasib buruk terus menimpa kedua2 pemimpin tertinggi Umno itu dalam prk Permatang Pasir? Selamat berjuang Ustaz Salleh Man. Umno kali ini tidak lagi dapat menghina calon Pas kerana seorang lulusan universiti dan berpengalaman luas dalam politik di Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan