Sabtu, 8 Ogos 2009

Umno ambik kesempatan perburuk Pas dan Pakatan Rakyat


Gambar di atas adalah daripada utusan online. Sekumpulan penyokong Umno sedang berdemo tentang penjualan arak di Selangor. Menentang minum arak tu bagus tapi adakah Umno di Seksyen 8 , Shah Alam tu sedar apa yang mereka buat itu?
Sebenarnya kebenaran jual arak ni dah wujud sejak zaman Umno perintah Selangor dulu, cuma tak kecoh macam sekarang sebab dulu tidak ada penguatkuasaan MBSA. Masalah nya sekarang cuba la orang Umno ni jangan jadi macam orang tak sekolah bila nak politikkan isu arak ni untuk 'mileage' poltik Umno 'ini yang aku nak perkatakan.
Orang Umno diatas sedang menentang akta jualan arak yang dibenarkan oleh MBSA zaman Umno jaga Kerajaan Tempatan dulu. Pegawai MBSA yang pergi rampas arak itu faham sebenarnya akan dibolehkan jual arak di kedai2 24 jam tersebut kerana mereka yang luluskan jualan arak tersebut mengikut kandungan beberapa peratus yang dibenarkan. Bila pegawai yang pergi rampas itu sedar sudah bersalah ,takut didakwa di Mahkamah maka beliau pulangkan balik arak tersebut kepada premis yang dirampasnya.
Kononnya pegawai tersebut dapat arahan daripada seorang ahli majlis untuk rampas arak tersebut.Betulke? . Pegawai tersebut kononya buat kerja rampas arak yang dia sendiri tahu akan kebenaran MBSA benarkan jual dalam premis tersebut. Jika benar ini perbuatan sabotaj penguatkuasa tersebut adalah tidak patut berlaku. Nak rampas , rampas la jangan nak politikkan isu arak ni.
Aku sokong sapa saja nak hapuskan arak tapi jika untuk kepentingan politik kotor Umno, ada cerita lain pula yang timbul, untuk kepentingan politik peribadi pihak tertentu kena pikir banyak kali apa tujuannya yang sebenar cerita arak ni.Inilah perangai Umno buat demo tapi tak pikir apa yang mereka demo tu kerja siapa yang luluskan arak dulu, bukan Umno ke? Umno lulus arak , umno juga yang tentang jual arak tak gila ka namanya?

1 ulasan:

  1. hangpa semua gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam