Rabu, 5 Ogos 2009

Kuatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995!

Mari kita tengok apa kata undang-undang yang ada dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 berkaitan dengan arak dan benda yang memabukkan di Selangor. MB Selangor kena perhati betul2 sebelum cakap 'tutup mulut':

Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah(Selangor)

Seksyen 18 Minuman Yang Memabukkan

1-Mana-mana orang yang, dimana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memudaratkan atau melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 3ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

2-Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 5ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.

Daripada enakmen diatas adalah jelas bahawa tindakan Pas Selangor adalah betul dalam menegur Ronnie Liu berkaitan isu arak di Selangor.Cuma penguatkuasaannya tidak nampak dilakukan oleh penguakuasa Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran ataupun pihak JAIS sendiri.Undang-undang yang berkaitan isu arak di kalangan orang Islam ini telah wujud sejak tahun 1995 lagi bukan semasa Pakatan Rakyat berkuasa tahun lepas.

Orang bukan Islam nak minum satu telaga pun mereka punya pasal tapi ini berkaitan orang Islam adalah jadi tanggungjawab pemimpin Islam untuk mencegahnya, bukan suruh tutup mulut macam tak ada apa yang berlaku.Mulut manusia mana boleh tutup!

Zaman Umno-bn dulu langsung tak ada penguatkuasaan, tapi sekarang orang Melayu, anak muda Melayu-Islam minum arak macam minum 100 plus saja dah tak ada segan silu, buang tin minuman keras merata tempat ini yang Pas Selangor bimbang sebenarnya.

Walaupun undang2 minum arak di bawah enakmen tersebut bukan berdasarkan hukuman sebat tapi sekurang-kurangnya mencegah dengan hukum yang sedia ada jadi pengajaran berguna buat si peminum yang beragama Islam.

Sepatutmya arak yang dirampas itu diletak dirumah Ronnie liu supaya anak beranaknya telan sampai habis dan hasil cukai pintu, cukai tanah hasil arak itu buka kilang depan rumah Ronnie Liu bukan duit cukai tu disatukan dengan lain2 cukai kerajaan negeri Selangor.

2 ulasan:

  1. Hoi kawan, ini dah lebih. Patut2 arak yg di rampas kongsi sama2 la. Bagi kat Teressa sikit, Elizebet Selak sikit dan exco non-muslim yg lain la sama. Nanti Ronie mabuk seorang tak boleh nak pi kerja. Lepas tu suruh MBSA buka Bar depan rumah dia, biar senang dia minum sampai...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...kurang2nya hang dah sedaq alangkah bodohnya berdamping dgn DAP.

    BalasPadam