Khamis, 13 Ogos 2009

Undian ISA: Macam beli saham "Pak Man Telo"

Undian ISA oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah selesai. Pro ISA menang dengan 58 peratus atau 23,850 undi, manakala yang anti ISA dapat 42 peratus atau 17395 undi.-malaysiakini.


Adakah undian itu dijalankan secara telus? Ya la, kena tanya sebab yang kira undi tu sebelah pihak bukan ada orang luar untuk jadi juri semua kakitangan portal berita KDN saja. Macam beli saham Pak Man Telo saja gayanya. Mula2 bagi pembeli saham untung untuk percaya bahawa saham yang dibeli itu memang betul dan menguntungkan, tapi bila pelabur dah mula percaya, untung pun tak dapat dengan modal2 pelabur sekali lesap.


Kalau undian itu benar, adakah rakyat yang turun ramai masa demo GMI 1 ogos lalu melebihi puak2 yang sokong Isa tidak boleh diambil kira? Kenapa tak dipanggil Suhakam atau badan2 bebas untuk pantau undian portal berita KDN? Kiraan undi oleh KDN itu macam main dam aji, rakyat makan sebiji KDN tikam dan makan 4 biji terus naik aji.

Kalau KDN betul2 serius nak hapuskan ISA atau pun kekalkan ISA, pihak kerajaan buat undian secara terbuka atau melalui pilihanraya khas seperti pru tapi hanya untuk undi Sokong ISA atau kekalkan ISA, baru semua orang puashati.Yang anti ISA kalah puas hati.

Yang undi sokong ISA tu sapa agak2 la , adakah semuanya anggota polis dan jabatan yang ada kena mengena dengan KDN?

1 ulasan:

  1. Misai merah ini interrrrrrrrrrnet pihak empunya laman boleh buat apa saja, macam hang jugak kendali blog. Aku hairan dan pelik kawasan hangpa boleh jual arak. Hang kata Hasan Ali nak haramkan semua di Shah Alam kawasan majoriti penduduk Melayu Islam.
    Khalid Ibrahim berkata, ada beberapa kawasan yang mendapat permintaan Arak dan 7eleven hanya mengeluarkan minuman tersebut atas permintaan sahaja iaitu di Sekyen 16, 17, 20, 9, 13 Calrton Hotel (ini hotel premis kepunyaan kerajaan negeri), Seksyen 18 dan Giant 13.
    Woit Tesco bersepah kat Bandar Shah Alam tak jual arak ka? Jangan buat kerana politik tapi atas dasar taqwa.

    BalasPadam