Tema Hari Kemerdekaan yang ke-52 adalah 'Satu Malaysia Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan'. Tema ini ada sangkut paut dengan naiknya Najib jadi Perdana Menteri gantikan Pak Lah.
Semasa aku pergi ke Permatang Pasir semasa hari penamaan calon yang lalu , dalam perjalanan pulang kami berjalan kaki menuju ke tempat letak kereta yang jaraknya agak jauh juga dan singgah di tempat 'parking' tu untuk hilangkan penat berjalan. Sekumpulan warga yang berumur 50-an sedang bersembang , ada daripada Trengganu dan Selangor.
Seorang daripadanya berkata tentang maksud 'Rakyat Didahulukan '. Kata Orang Trengganu tu- "Rakyat didahulukan tu kalau yang kerja susah susah tu tolak rakyat ke depan, biar rakyat yang tanggung akibatnya dulu, bukan pemimpin yang akan kena dulu. Tang rugi rakyat tanggung. 'Pencapaian Diutamakan' apabila nak kaut untung, nak bela kroni , pemimpin duduk di hadapan. Pemimpin yang akan capai dulu sampai langit pun nak dicapainya kalau bawa keuntungan kepada pemimpin. Yang nak masuk gaung, terjun lubuk dan terpelanting kelongkang adalah rakyat di dahulukan. Yang nak masuk dalam kocek , pemimpin duduk di hadapan."
Betoika? Rakyat yang hadapi krisis gula, menteri yang jaga Hal Ehwal Pengguna kata rakyat jadi punca gula hilang di pasaran dan rakyat boleh beli gula hanya 2 kg seorang. Menteri tak makan gula pun tak apa, nak jaga badan takut kena kencing manis, dan tak pernah bimbang pun pasal gula , yang jadi ketagih gula ni rakyat sebab nak buka puasa nak buat air kena boh gula.Peniaga di bazar Ramadhan nak jual air nak kena ada gula. Pendek kata rakyat mau gula , menteri tak bimbang apa pun tak ada gula , sebab perbelanjaan mereka ,anak-bini mereka yang bayar rakyat.Rumah Menteri banyak 'gula-gula'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan