mahu mempertahankan kerusi dun tersebut. Calon Pas, Ustaz Salleh Man yang dah banyak kali bertanding dalam pilihanraya belum pernah sekali pun menang termasuk dalam pru-12 yang lalu.
Umno pula yang awal-awal lagi jadikan isu pembangunan sebagai senjata, awal2 lagi dah janjikan bermacam2 kemewahan kepada pengundi Permatang Pasir. Umno mau menang kerana maruah Pengerusi baru Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang di 'import' daripada Perak. Umno nak menang juga kerana maruah PM Najib dan maruah TPM Muhyidin Yasin yang belum dapat sokongan rakyat melalui setiap prk yang diadakan.
Apakah pengundi Permatang Pasir lupa dengan Zahid Hamidi yang berjumpa Ehud Barak , Menteri Pertahanan Israel, pembunuh umat Islam Palestine? Umno sengaja diamkan isu ini dan ada orang Umno sendiri yang meluat dengan sikap Zahid Hamidi yang mengguris perasaan umat Islam di Malaysia itu.
Kebiadapan pihak polis dan fru dalam meleraikan tunjuk perasaan anti ISA anjuran GMI boleh diluahkan oleh pengundi Permatang Pasir. Bila Umno dan penyokong Umno buat demontrasi dilayan dengan baik tanpa sebarang tembakan gas pemedih mata, bom asap dan air gatal.
Umno tuduh Pakatan rakyat retak menanti belah, tapi pemimpin BN juga yang lari tinggalkan Bn untuk sertai parti dalam pakatan rakyat. Kemasukkan Chua Jui Meng dan (MCA) dan Subramaniam (MIC) menunjukkan kebenarannya .
Pemimpin BN yang juga Presiden MCA didakwa terima RM10 juta daripada CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd dalam skandal PKFZ dan naik jet peribadi syarikat tersebut sebanyak 5 kali dan belum bayar, tidak di siasat oleh SPRM. Kalau dengan pemimpin pakatan rakyat pantang dengar SPRM terus serbu dan geledah , ditahan dan disiasat sampai ada yang mati( Teoh Beng Hock).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan