Ahad, 23 Ogos 2009

Adun Lunas Istihar Bebas: Adakah Kerana Tak Pandai "Jaga Kawan-Kawan"?

Di celah-celah prk Permatang Pasir berlangsung , tiba-tiba di Kedah seorang adun PKR, Mohd Radhi Salleh (Dun Lunas) telah isitihar keluar daripada parti PKR dan istihar diri jadi adun Bebas dan tapi bagi sokongan kepada Kerajaan Pusat dan PM Najib-malaysiakini

Aku pun telefon tanya seorang sahabat di Kedah untuk tanya sebab apa Mohd Radhi 'lari' tinggalkan Pkr dan tidak lagi bersama pakatan rakyat. Kata sahabat tu- "Radhi tu dah lama dah nak keluar dari Pakatan Rakyat tapi dia dok tahan tahan hati dia, tapi salah kita juga tak pi tanya habaq, bagi nasihat dan jaga bagi elok kawan2 dari parti lain dalam pakatan di Kedah. Sama juga dengan wakil rakyat yang berketurunan Cina dari Pkr ,dengaq lama dah nak lari tapi kita ni tak pandai jaga kawan-kawan supaya tak kecik hati."

Betulka macam tu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan