Esok 1 ogos tarikh yang sudah dirancang sekian lama oleh Gerakan Mansuhkan ISA untuk berdemo minta dihapuskan ISA, bukan baru 2-3 bulan tapi dah dirancang hampir setahun dah, jadi tak ada sebab Polis nak gagalkan perhimpunan tersebut. Hitam -merah baju kita, baju puak lain aku tak mau ambik tau yang penting besok kita kena turun ramai-ramai tanda protes kita pada akta zalim yang mencengkam rakyat berpuluh -puluh tahun dah.
Kita bukannya nak cetuskan huru-hara, kekacauan tapi kita nak berhimpun secara aman tanpa senjata sekadar berarak ke Istana Negara sampaikan hati rakyat yang dicengkam akta ISA yang zalim untuk pengetahuan Yang di Pertuan Agong.
Berhimpun secara aman tak langgar perlembagaan Malaysia, malah itulah tanda suburnya Demokrasi di mana-mana negara yang amalkan demokrasi. Polis nak buat sekatan jalanraya, nak tahan kenderaan itu kerja Polis , kerja kita sampai ke matlamatnya iaitu menyerahkan memo bantahan rakyat terhadap ISA kepada Yang di Pertuan Agong.
Jika Himpunan BERSIH berjaya kita lakukan kenapa tidak dengan demo GMI? Niat kita, nawaitu kita ialah sebagai satu ibadat untuk hapuskan kezaliman. Apalah sangat Himpunan kita jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang telah kembali kepada Allah sehingga sanggup mati kerana tidak mahu ditahan ISA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan