Selasa, 14 Julai 2009

Pas Menang Tipis, Apa Mereka kata

Pas yang dikatakan menang besar sebelum keputusan rasmi rupanya jadi terbalik hanya menang majoriti 65 undi saja kalahkan calon BN. Calon Pas , Abe Uji hanya dapat 5348 undi dan calon bn dapat 5283 undi. Undi rosak ialah115 undi.

Pengerusi Zentrum, Prof Dr Hasan Abdullah mengatakan kematangan rakyat di Manek Urai dan faktor calon adalah punca utama pilihan pengundi. Pertembungan di Manek Urai antara Umno-Pas adalah merupakan pertembungan klasik sejak pilihanraya yang pertama lagi.Pengundi Di Manek Urai tak termakan segala janji pembangunan mereka mahukan calon yang boleh bersama mereka sewaktu susah dan senang.

Kata Dr Hasan lagi, pengundi di Manek Urai tak tahu kemana mereka nak bagi undi mereka, tak dapat data jelas nak pilih calon mana, yang mereka nampak hanya TGNA dan Mustapha Mohamad yang sering turun di Manek Urai. Pengundi berumur 21-40 tahun mereka tak berparti, boleh berubah fikiran dalam masa 3 minit. Kebanyakkan mereka ini bekerja di luar daripada Manek Urai.

Seorang lagi penganalisi politik saudara Norizan (Nobisha), berkata jentera Bn lebih tersusun, berbeza dalam PRk Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pas pula ada masalah dalaman berhubung pertikaian kerajaan perpaduan antara TGNA dan Nasaruddin Mat Isa,TP Pas namun tak jadi perkiraan di Manek Urai tetapi telah menjejaskan jentera pilihanraya Pas di Manek Urai. Kata Norizan lagi pengundi di Manek Urai bersikap 'Nomad', suka berpindah parti. Janji kebendaan BN adalah satu kesilapan besar kerana pengundi mempertikaikan kenapa semasa BN menang tipis pada tahun 2004 dengan majoriti 53 undi, tak buat jambatan kenapa sekarang baru berjanji?

Pas juga bergantung kepada pengundi luar sementara BN anggap Manek Urai penting demi maruah Najib dan One Malaysia yang Najib laungkan.

Bagaimana pula dengan pendedaham Malaysiakini yang melaporkan pembahagian wang kepada pengundi di pejabat Kesedar di Manek Urai, adakah ini faktor utama Pas menang tipis di Manek Urai?Adakah faktor calon jadi puncanya? Apa pun Pas lebih banyak majoriti jika keputusan pru 2004 diambil kira. Orang Melayu -Islam Kelantan memang bijak berpolitik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan