Sinar harian hari ini mendedahkan seramai 14 orang pesakit HIV/AIDS yang berketurunan Melayu-Islam makan ,tidur, kencing, berak dan dapat rawatan yang sempurna di sebuah Gereja di negeri Selangor. Dikatakan gereja tersebut turut sediakan surau untuk mereka yang beragama Islam untuk beribadat.
Seorang penghuni Gereja tersebut yang beragama Islam berkata-"Kalau ada pilihan lain tentu saya akan pergi terutama jika tempat itu diseliakan oleh orang kita dan bangsa kita sendiri."
"Tetapi, jika tempat itu tidak sebaik tempat ini, lebih baik saya terus tinggal di sini sahaja sebab bagi saya tempat ini adalah yang 'TERBAIK' untuk para pembawa HIV yang terbiar dan disisihkan keluarga macam kami ini."
Macammana dengan JAIS dan MAIS ? Takkan dah terbongkar baru nak hulur bantuan . Menara berkembar zakat yang tersergam indah dan di isi Pengarah Jais dan Mais tu hasil wang pembayar zakat bertindaklah secara bijak menangani isu tersebut.
Pesakit-pesakit tu beragama Islam macam kita juga, samaada mereka berdosa atau tidak itu biarlah Allah Taala yang ampunkan, pokok pangkalnya mereka Islam.Akidah mereka kena di selamatkan. MB pun Islam, Exco Agama tak turun pi jengok ka?Jangan sampai orang kata Gereja lagi bagus pada Masjid (Nauzubilla min za lik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan