Rabu, 1 Julai 2009

Himpunan 100,000, Nasa Tak muncul

Semalam dianggarkan 10,000 orang hadir di perhimpunan 100,000 rakyat di Stadium MPPJ, Kelana Jaya. turut memeriahkan himpunan tersebut ialah Anwar Ibrahim, Tok Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang, Mahfuz Omar dan Dr Hatta. Kelibat TP Pas , Nasarudin Mat Isa tidak kelihatan di majlis ceramah tersebut. Orang ramai ada yang menantikan kedatangan Nasa untuk dengar penjelasan beliau selepas dimaafkan TGNA, namun kecewa diatas ketidak hadiran beliau.

Walaupun NASA telah muncul di Parlimen minggu ini, beliau mesti keluar daripada "tempoh berkabung"diatas segala isu kerajaan perpaduan yang ditujukan kepadanya untuk bersuara dan nyatakan pendirian beliau kepada orang ramai yang masih tertanya-tanya atas sikap membisu beliau selepas berlakunya peristiwa dianggap sampah oleh TGNA dan disuruh keluar Pas masuk Umno bulan lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan