Sabtu, 18 Julai 2009

SPRM Jangan Perbodohkan Rakyat Malaysia

Gambar sebelah adalah Harakah terkini bilangan 1457.
TPM Muhyidin Yasin dan Nazri Aziz meminta orang ramai jangan buat sebarang spekulasi tentang kematian Teo Beng Hock di Tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam. Bolehkah rakyat terus membisu dan tutup mulut rapat-rapat jangan kata apa-apa macam tak ada apa yang berlaku?

Kalau kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Mohd Shukri Abdull yang memperbodohkan rakyat seperti berikut-"Kita tak pasti dia (Teo) terjatuh atau lompat atau apa."

Maksud 'apa' di hujung ayat Mohd tu menatang apa, bunuh diri ka? Takkah spekulasi namanya? Begitu juga dengan Nazri, Menteri di JPM yang berkata-"Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu."
Apakah itu tidak spekulasi namanya?

Pasaran saham pun ada spekulasi, dengar cakap broker saham , saham akan naik hang beli, bila beli saham jatuh, adakah pelabur akan marah kepada broker? Begitu juga dengan Pengarah PRK Manek Urai yang buat spekulasi kata Pas dah menang majoriti 1700 undi, bila kira dah habis Pas menang majoriti 65 undi. Ada orang Pas sendiri yang marah Abe Tah kerana silap buat pengiraan dan congak tak betul, ini perkara biasa.

Tempat Teo mati itu adalah kawasan orang yang mempunyai pendidikan tinggi, kelas menengah dan elit mereka tak boleh diperbodohkan dengan cerita-cerita dongeng SPRM dan menteri yang bersekongkol dengan SPRM.Rakyat Malaysia bukan kerbau yang fikir tentang kubangnya dan taiknya saja.

3 ulasan:

  1. SPRM ni tak dak kerja. Baik hampa suruh dia kira berapa ekor babi ada kat Selangor. Lepas pakat2 bagi kat semua Ahli Dewan Selangor dan Ahli Parlimen Selangor. Kalau lebih hampa hantar kat SPRM buat puja roh Teo Beng Hock di Bangunan Masalam. Mana tahu oi nombor boleh keluar. Hamap boleh kaya.

    BalasPadam
  2. PAS Selangor mengutuk cara siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga menyebabkan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock, kelmarin. Dr Halimah Ali yang mewakili PAS Selangor dalam sidang media.

    Woit hampa kutuk SPRM kat mana? Orang dok buat tunjuk rasa, hampa dok buat kutukan dalam pejabat. Hampa jangan dok ikut cara Yakob Sapari dan Roziah tu yg dok sepakat untuk jaga kerusi bukan buat kerja.

    BalasPadam
  3. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

    Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

    Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

    Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

    -Tanpa Nama No 1.

    BalasPadam