Jumaat, 10 Julai 2009

Adakah semangat Natrah masih ada dalam jiwa Islam-Melayu?

Harakah daily dan Utusan Malaysia melaporkan Natrah(Bertha Hertogh) sudah meninggal dunia di Belanda kampung halamannya.Adakah anak muda sekarang masih ingat dan baca sejarah peristiwa"Rusuhan Natrah" dan berdarah tersebut? Peristiwa yang berlaku pada tahun 1950 itu berlaku apabila Natrah yang berumur 13 tahun ketika itu memeluk Islam dan bernikah dengan Mansor Adabi yang berusia 22 tahun. Peristiwa Natrah peluk Islam itu telah menimbulkan perebutan hak penjagaan antara ibu angkatnya, Che' Aminah dan keluarga asal beliau.

Mahkamah yang dikuasai penjajah British buat keputusan hantar Natrah pulang kepada keluarganya di Belanda. Disinilah bermulanya kebangkitan orang Islam-Melayu di Singapura, yang marah dengan keputusan mahkamah tersebutBerlaku rusuhan di Singapura yyang menyebabkan seramai lebih kurang 18 orang terbunuh dan 200 orang cedera kerana bertempur dengan askar dan polis British. British yang kuasai Singapura istihar perintah berkurung 2 hari 2 malam.
Orang Melayu -Islam pada ketika itu tanpa mengira tok lebai, pak aji, buruh kasar, polis yang Islam turut bangun menentang keputusan mahkamah itu semata-mata semangat mereka cintakan Islam walaupun mereka pada ketika itu tidak ramai yang berpengetahuan agama.Semangat orang Melayu -Islam Singapura pada agama begitu menebal hanya semata-mata mahkamah dan keluarga asalnya nak memurtadkan Natrah semula.Hanya kerana seorang saja nak dimurtadkan mereka sanggup mati dan tercedera mempertahankan saudara seagama mereka!

Apa yang aku nak sampaikan ialah adakah semangat Melayu-Islam seperti Rusuhan Natrah itu masih ada dalam jiwa orang -Melayu pada ketika ini? Mufti Perak pada satu ketika dulu (bab ni aku sokong) mendedahkan beratus ribu dah orang Melayu dah di MURTADKAN! Apa perasaan kita semua pada anak-anak muda Melayu-Islam yang dah berjaya dimurtadkan atau pun di Kristiankan? Langsung tak ada tindakan yang pro-aktif untuk menyiasat secara mendalam dan mengekang gejala murtad di kalangan anak-anak Melayu- Islam ini. Kalau anak jiran kita , saudara kita dimurtadkan kita tak rasa apa-apa, sebab kita dah tak dapat rasa tanggungjawab terhadap agama dah semakin nipis. Kalau adapun hanya pertubuhan seperti PERKID dan dua -tiga badan bukan kerajaan terpaksa bergerak dengan pembiayaan sendiri.

Kalau zaman Natrah nak dimurtadkan hanya seorang mereka sanggup mati, tapi sekarang angka ratusan ribu Melayu -Islam Murtad kita tak berdaya nak mempertahankannya. Lemah sungguh iman kita.Kerajaan patut kembali laksan hukum Islam berkaitan murtad kerana amaran Allah amatlah keras terhadap orang yang keluar daripada Islam. Alangkah bagusnya jika ada orang Islam Murtad, orang Melayu- Islam bangun tunjuk perasaan macam Himpunan Bersih yang cecah ratusan ribu orang itu, alangkah bagus sekiranya orang Islam bangun dijalanraya tunjuk perasaan seperti di kedutaan Denmark kerana rakyat negara Denmark lukis kartun hina Nabi Muhammad SAW. Tapi bab Murtad kenapa kita tak kehadapan?

1 ulasan:

  1. Jumaat, 2009 Julai 10
    EXCO AGAMA NEGERI SELANGOR SEWAJIBNYA MALU !!
    EXCO AGAMA NEGERI SELANGOR SEWAJIBNYA MALU !!

    Di sini di paparkan satu berita yang menyedihkan dikala PAS memegang exco agama dalam kerajaan negeri selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

    Berita tentang orang-orang islam yang menghidap HIV diberikan tempat di gereja.

    Berita lanjut, sila klik mereka wajib dikeluarkan dan gempar ! penghidap HIV melayu berlindung dalam gereja.

    BalasPadam