Rabu, 22 Julai 2009

ISA: Zalim vs Tak Zalim

Gerakan Mansuhkan ISA akan membuat demo untuk dihapuskan Akta zalim itu pada 1 Ogos 2009. Sementara yang sokong akta zalim itu juga akan buat demo minta akta itu dipertahankan pada tarikh yang sama .Satu kata ISA zalim satu lagi kata Akta ISA tak zalim. Macam tengok bola pula masing-masing ada penyokong dalam
stadium bola sepak.
Pewaris yang jadi kepala pertahankan ISA bersama 10 NGO Melayu akan turut pertahankan Hak-Hak Istimewa Melayu pada hari tersebut. Untuk pengetahuan Pewaris mungkin dah lupa bahawa Hak-Hak Istimewa Melayu dah dihapuskan PM Najib baru-baru ini dalam kuota bumiputra dapatkan tender kerajaan. Mereka lawan benda yang mereka sendiri hapuskan!
Mungkin Pewaris terlupa atau Pewaris ingat PM Najib bagi kucing suruh Pewaris bela tapi sebenarnya PM najib bagi Harimau suruh Pewaris bela.!
Sebelum buat demo pertahankan ISA elok kiranya Pewaris pergi jumpa orang yang pernah merengkok kena tahan ISA. Jangan hanya tanya Ezam Mohd Nor dan Lokman adam saja tanyalah Mat Sabu, Saari Sungib, Mahfuz Omar, Cikgu Non Baling , Yusuf Hussin , Lutfi Harakah dan orang -orang lain yang pernah ditahan ISA adakah mereka seronok dan rasa tak mau keluar daripada Kem Tahanan Kemunting? Kalau mereka jawab rasa macam duduk dalam Syurga barulah Pewaris teruskan hajat nak demo pertahankan ISA!

1 ulasan:

  1. Hari ni misai hampa merah elok dah tak kelabu macam semalam. Pro-ISA ini tak dak tokoh pemimpin cuma dok tumpang kuasa polis je. Bagi gerombolan pro-ISA, mereka perlu di beri peluang utk di tahan bawah ISA sebelum ISA dihapuskan oleh angkatan anti-ISA.

    BalasPadam