Belum sampai tarikh nak demo anti ISA pihak polis dah istihar demo anti ISA oleh GMI dan demo yang nak 'menggatal' sokong ISA 1 Ogos ini diistihar perhimpunan HARAM -gambar Ketua Polis KL di sebelah dicopy daripada malaysiakini.
Biasalah itu amaran polis dan kerja polis dari dulu, kini dan selamanya. Tidak banyak perhimpunan yang dianjurkan mendapat persetujuan pihak polis, kalau dapat permit pun dibatalkan juga disaat-saat akhir menjelang satu-satu perhimpunan diadakan.
Perhimpunan BERSIH pada tahun 2007 dulupun tak dapat restu polis tapi tetap diadakan juga malah perhimpunan BERSIH itu merupakan perhimpunan terbesar abad ini di Malaysia hingga dapat liputan TV antarabangsa seperti Aljazeera , BBC news dan CNN.
Sikap adu-domba media masa yang suka jadi batu api pun salah satu faktor satu-satu perhimpunan aman tidak dapat diadakan. GMI mesti ada sebab kenapa perhimpunan anti ISA mesti diadakan juga. Selamat berjuang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan