Sabtu, 25 Julai 2009

Sebenarnya Yang Nak Pertahan ISA Tu Lebih Kepada Nak Pertahan MELAYU

Agak menghairankan kenapa yang mau kepada ISA tu semua NGO Melayu, tidak ada lain-lain bangsa yang nak pertahankan ISA. NGO Melayu ni pula dalam masa yang sama nak pertahan hak Melayu pada demo mereka 1 ogos nanti. Kenapa kaitkan Hak Melayu pada demo ISA? Apa kaitan serampang tiga mata NGO-NGO Melayu ni pada tarikh tersebut? Kenapa tidak pilih tarikh lain untuk perjuangkan Hak- Hak Melayu ni?

Mungkin NGO-NGO Melayu ni lebih kepada mau mencetuskan pergaduhan dan anti Melayu pada tarikh tersebut. Kerajaan mesti batalkan permit perhimpunan SOKONG ISA dan Hak-Hak Melayu jika itu tujuan sebenar NGO-NGO Melayu ni demi perpaduan kaum rakyat Malaysia. Adalah tidak munasabah niat demo sokong ISA dicampur adukkan dengan sentimen kaum pada tarikh yang sama. Adakah Kerajaan Malaysia bersekongkol dengan NGO-NGO Melayu ni untuk mereka turut serta dan berlaga dengan kumpulan anti ISA yang dianjurkan GMI? Apa kena -mengena One Malaysia dalam perarakkan sokong ISA oleh NGO-NGO Melayu ni?

Agenda apa Umno 'sokong' perarakkan sokong ISA oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu? Adalah memalukan , ketika USA sedang merancang menutup penjara di Guantanamao Bay, Cuba masih ada rakyat Malaysia mau kepada penahanan tanpa bicara (ISA) dipertahankan hingga ke akhir hayat. Mereka ni NGO-NGO Melayu ni MESTI ada 'agenda' lain yang mereka sembunyikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan